http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Mat Keris Mengganas Lagi!

Posted by Love Perak | Monday, June 08, 2009 | 0 comments »

PUTRAJAYA - Kegiatan ah long akan dibanteras sehabis-habisnya kerana ia bukan lagi hanya berkisar kepada aktiviti peminjaman wang tetapi berkait dengan jenayah seperti pengedaran dadah, pelacuran dan samseng, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sambil menyifatkan isu itu sudah berada pada tahap yang amat serius dan membimbangkan, beliau berkata, polis akan terus bertindak tegas bagi menyekat kegiatan ah long daripada terus berleluasa.

Dalam satu kenyataan di sini semalam, beliau berkata, polis telah mengenal pasti dan sedang memantau kegiatan beberapa kumpulan ah long khususnya di kawasan Lembah Klang, Selangor, Johor dan Pulau Pinang yang didapati bertindak kejam dan ganas terhadap peminjam.

"Ini termasuk kegiatan ahli-ahli kumpulan Kristal 9-Gem Enterprise (K9) yang disyaki terlibat dengan kes tiga peminjam wang yang dikurung dan dirantai seperti binatang di sebuah rumah kedai di Serdang, minggu lalu.

"Saki baki kumpulan ini sedang diburu polis," katanya.

Isa: Punya la besar jajahan Lembah Kelang ni, hanya satu kumpulan jer... yang di buru, yang lainnya baru nak kenal pasti? Kumpulan-kumpulan Ah Long lain boleh tersenyum dulu, lu olang semua baru mau di kenal pasti saja? Itu yang wa biasa dengar... lu olang boleh lileks-lileks... polis tatak kacau punya...

Kalau nak benteras... benteras habis-habisan... jangan bagi muka pada semua gangster ni..., selamatkan rakyat bukannya selamatkan gangster keparat semua nih... Dan benteras sekali VCD/DVD haram, kedai mesin kuda dan jackpot, kedai judi tak berlesen dan berlesen, pusat hiburan dan rumah pelacuran. Dari situlah hasilnya pusingan kewangan dan pendapatan mereka. Bukannya kerajaan tak tahu... tapi sengaja buat bodoh... kalau tidak tak menjana pertumbuhan ekonomi.... tak gitu... ker...

Dan KDN seharusnya hapuskan dan membenteras sekali Polis-Polis yang bersubahat dengan kegiatan perniagaan mereka, jangan tutup mata sebelah sudah la... ha.. ha... ha... baru nak serbu... premis dah kosong... nak lakonan baik punya... tinggal la dua tiga ekor bangla atau balaci... yang tak tau apa-apa... itulah yang kena tangkap... yang jerung besarnya lepas.... sapa punya kerja... maklumat serbuan dah bocor... sapa yang cerita ni... orang polis yang baik ceritakan... adanya polis jahat dalam jabatan polis...

Pergh... gila ke apa... aku tulis pasal polis baik dan polis jahat... macam cerita Tamil pulak... ha..ha...ha... ammmakkkk.... sama jugak macam dalam PAS... ada ulamak baik dan ulamak jahat.... ha..ha...ha... binaweee.... lu... sempat lagi kornering... lap baik punyer... menuju Kerajaan Perpaduan.... ha..ha...ha...

Kerajaan Malaysia ni kalau nak benteras semua gejala negatif boleh sangat-sangat, cumanya nak seribu daya... kalau tak nak macam-macam alasan la...., sebab hasilnya di kongsi bersama..., makan pakai chopstick.... ha..ha..ha... yammmm senggggg....

IkutSukaAku

0 comments