http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

BN Di Perak Telah Mati !!

Posted by Love Perak | Tuesday, June 30, 2009 | 0 comments »

Secara congak mudahnya, BN telah lenyap di Perak. BN telah pupus di Perak. BN yang selama ini begitu bangga dengan sokongan padu UMNO, MCA, Gerakan dan MIC telah sepi sesepi-sepinya. UMNO sahaja yang masih tercogok di Perak. Nasib baiklah ada seorang MCA yang sudi menemani UMNO. Entah-entah MCA itupun sedang berkira-kira mahu meninggalkan UMNO. Ini kerana BN telah tidak lagi relevan di Perak. Pimpinan MCA, Gerakan dan MIC sedar bahawa parti mereka hancur kerana kerenah kekauman melampau UMNO.

Komposisi pengundi Melayu dan bukan Melayu di Perak hampir sama banyak. Jikalau tidakpun 50-50, komposisi pengundi Melayu tetap tidak melepasi angka 51. Angka-angka ini amat memeritkan pengekalan kuasa oleh UMNO. UMNO mesti melakukan sesuatu. UMNO telah terdesak. Tembolok kroni mesti dibantu isi. Ini kerana UMNO tidak boleh hidup tanpa kuasa dan rasuah. Kuasa dan rasuah adalah prinsip yang mendasari UMNO semenjak Tun Madey menjadi PM lagi.

PRK Bukit Gantang telah membuktikan bahawa 85% pengundi bukan Melayu tidak lagi memberikan undi mereka kepada UMNO. Walaupun UMNO masih berbangga kerana berjaya menambahkan sedikit majoriti di DUN Trong, namun UMNO tetap kecewa kerana tidak ada pertambahan undi kepada UMNO. UMNO bernasib baik kerana pengundi muda yang bekerja di luar tidak balik mengundi. Tetapi harus diingat bahawa mereka akan pulang mengundi sebaik sahaja semboyan PRU 13 atau PRU Perak dibunyikan.

UMNO yang menang di 27 DUN begitu gelisah untuk mengekalkan kemenangan. Dengan semangat jentera dan petugas mereka yang merudum, UMNO begitu ngeri untuk memulangkan kuasa kepada rakyat. Dahulu kroni yang berwang sanggup menabur RM walaupun berhutang demi menaja kempen UMNO. Hari ini mereka tidak lagi berani menabur atau menyumbang wang untuk UMNO. UMNO hanya bergantung kepada wang rasuah induk sahaja. Dan wang itu pula sangkut dan lenyap dalam perjalanan. Wang tidak sampai ke akar umbi.

Tidak hairanlah berita yang memberitahu ada beberapa cawangan UMNO mencapai kata sepakat agar MB DPulau tidak membubarkan DUN Perak sebelum tempohnya berakhir pada PRU 13 nanti. Cawangan-cawangan UMNO menghadapi masalah mengumpulkan jentera dan petugas parti. Ahli-ahli UMNO begitu malu dengan tindak tanduk pimpinan UMNO pusat dan negeri yang bertindak secara betina. Mereka malu kerana UMNO tidak lagi bertelor. Ahli UMNO sedar dan faham bahawa UMNO telah merampas kuasa dengan menghalalkan yang haram. Begitu sukar pemimpin cawangan dan bahagian UMNO mengembalikan akan semangat dan yakin diri kepada anak buah mereka. Mereka hanya nampak kekalahan sahaja.

Tempoh edah kuasa hanya tinggal tiga tahun lagi. Dalam tempoh ini PR Perak tidak berdiam diri. MB Nizar masih terus menguji sistem kehakiman Malaysia. Perlanggaran Perlembagaan Malaysia oleh UMNO hanya menambahkan lagi simpati pengundi kepada PR. UMNO pula semakin dibenci. Ahli UMNOpun benci dengan UMNO. ADUN PR pula mempunyai masa yang cukup untuk menerangkan hal sebenar kepada rakyat. MB DPulau pula jenuh mencari salah silap MB Nizar sepanjang 10 bulan MB Nizar diamanahkan sebagai MB Perak. Sebaliknya kenyataan dan tindakan MB DPulau hanya menambahkan lagi bencinya rakyat Perak kepada beliau. MB DPulau hanya meneruskan idea dan kerja-kerja MB Nizar. MB DPulau mendakwa bahawa semua itu idea dan ilhamnya. Memang muka tak tahu malu. Tapi pimpinan UMNO mana tahu malu? Istilah malu hanya ada pada PR dan rakyat sahaja.

Banyak hikmahnya kepada PR apabila UMNO bertindak menghalalkan yang haram. UMNO melalui Satu Malaysia sebenarnya telah membantu usaha PR mempercepatkan UMNO berkubur pada PRU 13 sebagaimana rakan BNnya yang telah dikapankan pada PRU 12.

Semakin lewat dibubarkan DUN Perak, semakin cerahlah peluang PR untuk menang. Walaupun MB DPulau mendakwa bahawa beliau adalah MB Perak, kroni dan suku sakat UMNO masih mengemis mencari dan mencipta projek. Pegawai-pegawai kerajaan mula berani menyanggah kehendak UMNO yang secara jelas melanggari piawaian perkhidmatan mereka. Pegawai-pegawai kerajaan tidak sanggup turun naik mahkamah apabila UMNO tidak lagi berkuasa. Biarlah mereka dikenakan tindakan ditukar tempat kerja asalkan mereka selamat daripada menghuni penjara.

Senang cerita, hanya UMNO sahaja yang berdendang bahawa UMNO akan menang besar sedangkan madunya dalam BN mengatakan sebaliknya . Tepuk dada tanya selera.

0 comments