http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

UMNO = Penipu!

Posted by Love Perak | Monday, June 29, 2009 | 0 comments »

Bak kata orang-orang tua, "mula-mula berbohong lama-lama mencuri". Inilah bidalan yang paling sesuai untuk pemimpin UMNO. Manusia seperti ini sanggup berbohong tidak kira tempat, masa dan sesiapa sahaja.

Pemimpin UMNO BN kini meneruskan amalan buruk dan jahat mereka iaitu berbohong dan terus berbohong. Kini dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.


Namun Tuan Guru Haji Hadi Awang menyangkal dakwaan jahat UMNO BN itu dengan mendedahkan beliau sendiri pernah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya minyak dan gas itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.Tuan Guru Haji Hadi Awang pernah menaiki bot nelayan dan pergi melihat sendiri pelantar minyak itu dan ianya berada di perairan Kelantan. Beliau menjelaskanya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihan raya kecil DUN Manek Urai, di Kampung Manek Urai Lama.

Sehubungan itu beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian di antara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975. Dalam isu berkaitan, Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak UMNO BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihan raya kecil DUN tersebut. Beliau berkata demikian kerana kerajaan UMNO BN bukan sahaja tidak membayar royalti minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan.

Sebenarnya pemimpin UMNO BN telah berbohong dan menipu kepada seluruh rakyat di negara ini. Menurut hasil kajian mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia, beritahu Saifudin Nasution. UMNO BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda 'Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan', sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1 billion sejak tahun 2002.

Pemimpin UMNO BN sanggup berbuat apa sahaja untuk mengekalkan legasi pemerintahan mereka. Sanggup berbohong walaupun perkara tersebut jelas dan semua masyarakat umum mengetahuinya. Betapa dashyatnya perilaku pemimpin UMNO BN ini, hanya manusia yang jahil dan diselubungi kebodohan sahaja yang sanggup bersekongkol dengan puak-puak jahat ini. Oleh itu semua pengundi Manek Urai mesti menolak calon UMNO BN pada pilihan raya kecil 14 Julai depan dan jangan hidup anda terus ditipu oleh penipu-penipu seperti UMNO BN ini.

0 comments