Ketika ini hubungan Malaysia dan Indonesia khabarnya sangat dingin. Rata-rata rakyat Indonesia nampaknya marahkan Malaysia kerana beberapa isu yang hangat. Antaranya ialah penderaan pekerja Indonesia, pelancong Indonesia dipandang serong dan digelar 'mat indon' seperti pencuri, pencabul dan sebagainya, penderaan Manohara, dan beberapa isu lagi. Boleh lihat contoh disini. Blog 1. Pemain Badminton Malaysia juga di'boo' khabarnya ketika bermain DJARUM BADMINTON INDONESIA OPEN yang berlangsung ketika ini dari 16-21 Jun.
Pandangan saya, dimana-mana negara pun pastinya terdapat ramai orang-orang yang tidak begitu baik, perikemanusiaan dan jahat. Begitu juga di Malaysia. Tetapi, dalam hal begini tidak sepatutnya rakyat Malaysia di salahkan sepenuhnya. Kerajaan Malaysia lah yang sepatutnya dipersalahkan. Ini kerana kerajaan seperti tidak mengambil berat tentang kes-kes yang membabitkan warga Indonesia. Ada juga yang berkata tahanan warga Indonesia (Pendatang Asing) kebiasaannya dipukul di dalam tahanan polis sebelum dihantar pulang ke Indonesia. Hal-hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku.
ANWAR IBRAHIM, pemimpin pembangkang (oposisi) Malaysia ketika ini pernah berkata kerajaan Malaysia sepatutnya lebih prihatin terhadap semua ini, ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 90-an, tiada kejadian sebegini yang berlaku.
Anwar juga membidas segala bentuk penderaan terhadap warga Indonesia dan sepatutnya sesiapa yang terlibat dikenakan hukuman yang berat. Ini adalah pendirian Anwar dan beliau ketika ini sedang berjuang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (UMNO) kerajaan ketika ini.
Kami rakyat Malaysia berharap semua warga Indonesia tidak salahkan rakyat Malaysia kerana kami juga tidak suka melihat warga Indonesia didera dan sebagainya, malah kami menganggap rakyat Indonesia sebagai sahabat baik rakyat Malaysia. Kami juga mahu kita aman dan damai seperti dulu. Tiada kebencian dan peperangan.
Marilah sama-sama berdoa supaya kerajaan Malaysia dapat ditukar dengan segera, supaya semua korupsi, rompakan harta rakyat, rasuah besar-besaran, kepentingan kroni dapat dihapuskan. Apabila saudara Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri nanti pasti semua masalah antara Malaysia dan Indonesia dapat diselesaikan secara baik dan aman.
http://loveperak.blogspot.com/
¡Hola mundo!
8 years ago
Saya dari Indonesia, pada dasarnya kami cinta damai, dan kami tidak membenci saudara-saudara serumpun kami di Malaysia, yang kami benci adalah pemerintahan anda, yang tidak menghormati hak dan kedaulatan negeri kami.
Persoalan bermula dari Sipadan Ligitan dimana pemerintah anda dengan sewenang-wenang membuat peta sendiri, tanpa perundingan dengan negara yang berbatasan, dan kemudian memasukkan ambalat ke dalam wilayah anda. Itu yang memicu nasionalisme warga kami.
Sekali lagi kami cinta damai dan cinta perdamaian