Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang), yang baru mengangkat sumpah pagi ini, diperintah meninggalkan Dewan Rakyat selepas mendesak DUN Perak dibubarkan.
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan beliau dan empat lagi meninggalkan bilik persidangan parlimen atas dakwaan "berkelakuan kasar".
Mereka juga didakwa "melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.
Mereka berlima turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.
Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) and Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).
Mohammad Nizar, yang masih menuntut jawatan menteri besar di Perak, bersama Nga dan Ngeh - kedua-duanya exco kerajaan Pakatan Perak sebelum rampasan kuasa BN, Februari lalu - antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut kembali kerajaan yang mereka kuasai tidak sampai setahun sejak Mac tahun lalu.
p/s: apakah ini demokrasi, bawa suara rakyat dalam parlimen pun salah? makin benci lah rakyat kepada Umno BN...
¡Hola mundo!
8 years ago
nak demokrasi pun ada caranya,tk kn la sumenya boleh blasah..
contohnya nk buat ibadat dkatkan diri pada Allah seperti nk kerjakan haji,mestilah pergi mekah,bukannya buat kt Malaysia. Cubala fikir .. nk demokrasi pun ada caranya..