http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Nik Aziz diminta jangan anggap diri sendiri hebat - Zambry


IPOH: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat diminta tidak menganggap dirinya sebagai seorang yang hebat apabila mempelawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat berhubung kemelut politik melibatkan Pas dan Umno.


Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Nik Aziz yang dianggap sebagai seorang 'tok guru' itu sepatutnya menggunakan ilmu dan pengetahuannya dalam agama untuk bercakap.


"Beliau jangan anggap dirinya hebat sangat, kadangkala kita rasa diri hebat sangat, kita tidak rasa orang lain lagi hebat.


"Beliau sepatutnya lebih bercakap dengan ilmunya daripada ikut emosi beliau," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Dermasiswa Yayasan Perak di sini hari ini.


Zambry berkata debat terbuka bukan satu platform yang menguntungkan sebaliknya ia akan membawa kepada kesan panjang dan buruk seperti perpecahan dalam masyarakat.


"Saya juga tidak fikir Perdana Menteri tidak mampu berdebat dengan beliau tetapi saya yakin Datuk Seri Najib lebih memikirkan kesan terhadap masyarakat," katanya.

0 comments