http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Misi Menawan Sabah Sarawah

Posted by Love Perak | Sunday, June 07, 2009 | 1 comments »

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berazam untuk memastikan PAS berjaya menawan Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau menjelaskan, untuk mencapai tujuan tersebut, usaha untuk memperkukuhkan PAS di dua buah negeri itu perlu dipertingkatkan.

Melebarkan pengaruh di dua buah negeri itu penting kerana Umno dan Barisan Nasional kini hanya mengharapkan Sabah dan Sarawak untuk menyelamatkan mereka dari tewas setiap kali pilihan raya umum, katanya.

"Menjadi misi saya setelah dipilih sebagai Naib Presiden untuk memastikan PAS dapat melebarluaskan pengaruh di Sabah dan Sarawak.

"Amat penting bagi kita mengukuhkan kedudukan di dua buah negeri tersebut kerana Umno/BN menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai talian hayat mereka untuk terus kekal berkuasa," tegas beliau.

Mahfuz yang menang kerusi naib presiden setelah kali ketiga mencuba mengucapkan jutaan terima kasih kepada perwakilan yang memberikan kepercayaan kepada beliau.

Selain misi menawan Sabah dan Sarawak, Mahfuz juga berazam untuk terus mengukuhkan Pakatan Rakyat yang semakin rakyat.

Penerimaan tersebut, tegas beliau dapat dilihat menerusi kemenangan lima dari enam pilihan raya kecil yang telah diadakan selepas pilihan raya umum ke-12.

Tegas Mahfuz, amat malang jika usaha pemimpin-pemimpin PAS sebelum ini untuk meyakinkan masyarakat berbilang bangsa disia-siakan dengan melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan.

1 comments

  1. Anonymous // June 7, 2009 at 3:42 PM  

    Macam Dango Mamamat sudah berkata mengenai DAP ber kemampuan meletakkan orang2 melayu sebagai calon2 mereka dalam Pakatan Rakyat Perak

    Dengan memetik curi daripada dango mamamat,

    PAS jangan gatai meletak ramai calon2 di Sabah & Sarawak........

    Leave it to DAP, PKR & regional parties.....Strenghten your malay belt in the northern states except Perak......