http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

PAS, Jangan Sesekali Berunding Dengan UMNO

Posted by Love Perak | Saturday, June 06, 2009 | 3 comments »

PAS Perak menggesa kepimpinan PAS pusat agar tidak meneruskan rancangan untuk mengadakan rundingan sulit dengan Umno demi kepentingan sokongan terhadap parti tersebut bagi memenangi pilihanraya umum yang ke-13.

"Saya cadangkan jangan ada rundingan sulit dengan Umno sama ada di peringkat negeri atau pusat.

"Lupakan sahaja Umno, tetapi dalam masa yang sama, jangan sisihkan orang Umno," kata Dr Khairudin Abdul Malik.

Katanya, kemelut politik yang berlaku di Perak sejak Februari lalu, adalah disebabkan oleh rampasan kuasa 'ala Fiji dan Zimbabwe' yang dilakukan oleh Umno.

Beliau berkata demikian sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden yang bertemakan "Islam Memimpin Perubahan".

Dr Khairuddin juga menyatakan keyakinan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat mampu merampas kembali negeri tersebut, kerana jasa dan khidmat gabungan tersebut sudah berada di dalam minda rakyat Perak.

Kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat mentadbir dalam masyarakat majmuk di Perak, turut memberi keyakinan kemenangan parti dalam pilihanraya akan datang, tambahnya.

Sementara itu, Yang dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengingatkan pemimpin-pemimpin PAS yang cenderung untuk bergabung dengan Umno supaya tidak berbuat demikian.

"Umno bukan jenis boleh buat kawan. Dia (Umno) spesis tikam belakang. Bergabung dengan Umno seperti merelakan orang Melayu terdedah kepada ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin," katanya.

Wan Abdul Rahim turut mengingatkan bahawa kerjasama dengan Umno sangat ditentang keras oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

3 comments

  1. Yong // June 6, 2009 at 9:19 PM  

    Fiji dan Zimbabwe sudah jadi contoh unity government! Tak caya pergi tengok kat google. Penuh cerita unity government deme. masih nak ikut these two failed states?

  2. suprie08 // June 6, 2009 at 10:03 PM  

    hj hadi mabuk nak jadi menteri ke sibuk bercakap nak buat kerajaan perpaduan,rakyat sangat meluat dgn ameno skrg dia sibuk nak kerjasama dgn parti lahanat tu,pandangan aku kalau pas setuju dgn haji hadi alamat pas akan terpelanting dipersada politik malaysia dan akan disisihkan olih rakyat malaysia dan hanya tinggal penyokong2 yg fanatik bodoh saja.

  3. Ton // June 7, 2009 at 2:12 AM  

    PAS tak payah la cakap berdegar2 desak jgn ada rundingan dgn UMNO. Bukan kah timbalan PAS yang disokong oleh perwakilan itu yg nak sangat bersekongkol dgn UMNO. Semua org dah tau dia yg mengadakan rundingan dlm gelap dgn UMNO, Lepas tu pi desak2 minta jgn runding dgn UMNO. Apa maknanya ni? Lebih baik perwakilan semua buat usul menyokong usaha kerja khalwat timbalan PAS tu, dan minta dia teruskan rundingan dalam gelap dgn UMNO tu.. barulah ada makna sokongan perwakilan terhadapnya.