http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Temuramah ini dibawakan khas untuk semua pembaca untuk mendapatkan pemahaman tentang keadaan politik Malaysia dan beberapa temuramah dengan pemimpin politik Malaysia (pembangkang dan kerajaan) akan diteruskan selepas ini. (Nota: Temuramah ini dilakukan dengan Raja Petra melalui e-mail)
**************************************

Wfol.tv: Pertama sekali, Kes Teoh: Apakah pendapat peribadi anda? Kami telah membaca artikel anda tentang isu ini tetapi kami rasa adalah lebih baik untuk bertanya terus kepada anda tentang pendapat anda dalam isu ini. Kami tak mau bertanya sama ada dia dibunuh atau membunuh diri. Apa yang kami mahu dengar ialah..apakah kesan kes ini terhadap politik tempatan? dalam bentuk bagaimana?

RPK: Sudah semestinya memberikan kesan besar terhadap politik Malaysia. Kematian Teoh memberikan contoh jelas apa yang terpaksa dihadapi oleh orang-orang bukan Melayu dengan ajensi penguatkuasa. Orang-orang India dan Cina menerima kesan yang lebih teruk apabila berhadapan dengan isu penahanan dan yang berkaitan dengannya dari pihak berkuasa Malaysia. Mereka melayan orang-orang Melayu lebih teruk dari bukan-Melayu.

Apabila Umno mengatakan tentangan orang-orang Cina terhadap apa yang dilakukan SPRM terhadap Teoh merupakan tentangan terhadap kuasa politik Melayu mengukuhkan lagi hujah ini. SPRM dan beberapa ajensi lain dianggap sebagai ajensi melayu dan ini disokong oleh hujah-hujah dari Umno. Sesiapa yang menentang SPRM akan dianggap sebagai penentang Melayu. Oleh itu, Apa yang terjadi kepada Teoh boleh diterjemahkan kepada penindasan Melayu terhadap Cina. Malah Umno bersetuju dengan ini.

Kematian Teoh mungkin sesuatu yang diperlukan untuk menyedarkan orang-orang Cina. Kematiannya amat dikesali tetapi ia menyedarkan orang-orang Cina. Sekarang baru mereka sedar bahawa nyawa mereka amat murah.

Wfol.tv: Isu bangsa: Apakah yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk menamatkan isu bangsa yang semakin ketara selepas pilihanraya umum 2008? Kami menanyakan ini kerana mengetahui anda dikenali sebagai seorang yang tidak mementingkan bangsa dalam politik, kerakyatan ataupun kewartawanan. Dengan lain perkataan. adakah anda merasakan bahawa kerajaan masa kini dapat menghapuskan isu perkauman di Malaysia?

RPK: Tidak mungkin. Barisan Nasional adalah parti perkauman. Asas-asas Umno, MCA dan MIC adalah kaum. Mereka memerlukan kaum untuk terus relevan. Tanpa kaum, siapa yang memerlukan Umno, MCA dan MIC?

Lihat apa yang berlaku pada March 2008. Apabila semua bangsa bersatu, Barisan Nasional teruk terjejas. Barisan Nasional hanya cemerlang apabila semua bangsa berpecah.

Untuk menghapuskan perkauman, Barisan Nasional perlu dihapuskan. Untuk menghapuskan penyakit, tikus perlu dihapuskan.

Wfol.tv: Orang Melayu dipersalahkan kerana masalah perkauman dinegara ini. Walaubagaimanapun, kita tidak nampak usaha dari orang-orang bukan Melayu untuk membantu. Ramai orang-orang Cina yang kaya yang diberikan peluang untuk menimba kekayaan. Hari ini mereka sangat kaya tetapi mereka mahukan lebih lagi sebaliknya tidak membantu negara. Apa yang kami maksudkan ialah, mereka menerima begitu banyak faedah tetapi tidak membantu negara. Cuba fikirkan tentang 40 orang terkaya di Malaysia.

RPK: Anda bercakap tentang orang Cina dan India dalam Barisan Nasional. Mereka juga adalah perasuah dan rasis seperti Melayu Umno.
Umno, MCA dan MIC adalah keratan dari kain yang sama. Ya, bukan saja Melayu patut dipersalahkan, barua-barua orang Melayu juga perlu dipersalahkan.

Anda betul, Cina dan India juga patut dipersalahkan, terutamanya orang-orang Cina yang mementingkan wang lebih dari segalanya. Mereka ini sanggup menjual anak mereka untuk wang. Mereka tahu, apa pendirian Umno tetapi mereka tetap menyokong Umno kerana wang. Mereka merupakan pengkhianat kepada bangsa mereka sendiri.

Wfol.tv: Tun Mahathir telah menggunakan ‘bangsa’ sebagai isu utama. Adakah dia benar-benar mahukan kuasa ‘Melayu’ atau hanya untuk menarik perhatian. Apakah nasihat anda kepada ahli politik tempatan yang menggunakan bangsa untuk mendapat sokongan, undi ataupun perhatian.

RPK: Ramai orang Cina dan India menjadi terlalu kaya semasa pemerintahan Mahathir. Mahathir menjadi rasis apabila berpolitik, tetapi tidak apabila berkaitan dengan wang. Dia menggunakan isu bangsa untuk mendapat sokongan Melayu tetapi berpeluk dengan Cina dan India dalam perniagaan.

Mahathir seperti sesumpah. Dia boleh bertukar wajah apabila keadaan memerlukan. Itu yang menyebabkan Mahathir seorang ahli politik yang berjaya. Ahli politik perlu tahu bagaimana untuk mengambil hati dan bertukar menjadi sesumpah. Dan Mahathir mampu melakukan ini semua.

Wfol.tv: Kes Liwat II: Adakah anda fikir Anwar Ibrahim sudah pun tewas dalam kes ini?

RPK: Bergantung sama ada anda bercakap tentang sistem perundangan atau pendapat rakyat. Anwar mungkin kalah dalam mahkamah. Itu tidak memeranjatkan kami semua. Dan tidak perlu dirisaukan sangat tentang hal itu. Pengorbanan Anwar itu memang diperlukan.

Saya tidak sepatutnya bercakap seperti ini, tetapi perkara yang paling baik untuk Pakatan Rakyat ialah mengharapkan Anwar dihantar kepenjara kerana konspirasi ini. Kematian Teoh memberikan kekuatan kepada pembangkang walaupun saya mungkin dilihat sebagai tidak sensitif apabila berkata demikian.

Revolusi memerlukan pengorbanan. Ramai yang tercedera. Dan kita perlu menerima hakikat; apa yang kita saksikan di Malaysia merupakan satu revolusi.Teoh menjadi mangsa. Anwar juga menjadi mangsa. Dan kita akan melihat lebih ramai menjadi mangsa sebelum revolusi ini berakhir.

Tetapi kita akan pastikan mereka membayar harga pengorbanan ini. Apabila kerajaan tumbang, kita akan melihat seperti apa yang berlaku dalam revolusi Perancis, Bolshevik mahu pun Iran.
Revolusi ini belum lagi menjadi revolusi berdarah. Kita tidak tahu..tapi sekiranya Umno terus menekan dan menindas lebih jauh, darah sudah pasti mengalir dijalanraya seperti yang pernah berlaku pada 1969.

Wfol.tv: Peningkatan blog pro-Umno: Apakah fenomena ini menguntungkan Umno dan BN, ataupun menengggelamkan mereka..memandangkan blog-blog ini memainkan isu-isu perkauman.Adakah anda merasakan anda seorang aktivis politik berhaluan kiri?

RPK: Umno mengakui mereka tewas dalam Pilihanraya Umum 2008 kerana internet. Mereka menyertai perang siber kerana mereka tidak mampu menentangnya. Tetapi ini memakan diri mereka sendiri. Ia tidak membantu sebaliknya memudaratkan Umno. Seolah-olah memberikan mereka pistol, dan mereka menembak rakan mereka sendiri.

Untuk memulakan blog satu hal. Tetapi populariti blog itu bergantung kepada kandungannya. Dan ini yang tidak difahami oleh Umno. Tidak ada kandungan menarik dalam blog mereka.

Wfol.tv: Pihak berkuasa cuba mengawal internet, mengumpul maklumat tentang blogger-blogger anti-kerajaan dsb. Apakah ini memberi kesan kepada Malaysia Today? Ataupun adakah anda merasakan pihak berkuasa sebenarnya menentang arus?

RPK: Saya rasa…inilah sebabnya mengapa ‘jawatankuasa’ membuat keputusan saya perlu bergerak bawah tanah dan menghalang saya dari dihantar ke Kamunting. Saya sebenarnya bersedia untuk ditahan dibawah ISA. Walaubagaimanapun, ‘jawatankuasa’ merasakan penahanan saya dibawah ISA selama dua bulan pada September hingga November 2008 tidak menguntungkan Malaysia Today.

Malaysia Today akan terus hidup walaupun apa yang cuba dilakukan untuk melenyapkan kami. Kami akan terus menyerang Barisan nasional dan Umno sehinggalah mereka tersungkur. Itulah visi dan misi saya. Dan tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional, kecuali menghantar pembunuh dan membunuh saya.

(Artikel ini adalah terjemahan daripada temuramah asal disini.
http://wfol.tv/index.php?option=com_content&task=view&id=1242&Itemid=9)

-PerakExpress

0 comments