Himpunan ISA: Kerugian hampir RM200 juta
KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan menganggarkan kerugian kira-kira RM200 juta yang dialami para peniaga serta kerosakan harta benda ekoran perhimpunan haram Gerakan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sini semalam.
Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, para pegawai kementeriannya bagaimanapun akan membuat penilaian mengenai kerosakan dan kerugian itu untuk mengetahui jumlah sebenarnya.
"Kita akan cuba dapatkan segala taksiran mengenai kerugian yang dialami serta kerosakan dan ia mestilah berjuta-juta, sekurang-kurangnya, anggaran saya dalam RM100 juta ke RM200 juta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival 1Malaysia "Merealisasikan Wawasan Negara" anjuran Persatuan Penduduk Desa Tasik, Cheras di sini hari ini.
Beliau berkata, anggaran kerugian itu turut mengambil kira bahawa semalam merupakan hari cuti hujung minggu, yang membolehkan penduduk bandar raya ini keluar membeli-belah sempena jualan mega sebagai persiapan menyambut hari raya puasa yang akan disambut pada September ini.
Katanya beliau juga akan turun ke lokasi perhimpunan berkenaan untuk melihat sendiri sejauh mana kerosakan harta benda dalam tempoh terdekat.
Semalam, kira-kira 10,000 penyokong Gerakan Mansuh ISA (GMI) mengadakan demonstrasi jalanan sebagai tanda protes terhadap akta itu di beberapa lokasi tumpuan orang awam seperti Masjid Jamek, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman termasuk pusat beli belah Sogo.
Ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan itu yang menyebabkan kesesakan teruk di sekitar ibu kota, Raja Nong Chik berpendapat bahawa mereka "dijolok" pihak tertentu untuk berbuat demikian.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pun dah kata, ISA akan dikaji balik. Sepatutnya mereka beri peluang kepada kerajaan kaji balik... bagilah pandangan.
"Dalam blog PM pun boleh bagi pandangan, emel pun boleh. Kalau kita kata tak kaji balik, mungkinlah (boleh protes), tapi kita nak kaji balik tak patut ada protes. Saya rasa benda ini dipolitikkan. Itu sahaja. Ini memberi gambaran buruk terhadap negara kepada orang luar," katanya.BERNAMA
sumber, mStar Online
[[ Rugi RM 200 juta akibat demo bantah ISA semalam??...hehe..sape lah percaya dgn berita Bernama ni..langsung tidak dinyatakan secara jelas dan terperinci apakah bentuk kerugian itu, alih2, angka 200 juta diwar2kan kepada umum sbg jumlah kerugian akibat demo semalam..
Bab angka kerugian pandai plak kira2, anggar itu ini..tapi bab angka jumlah peserta demontrasi tak pandai plak kira...aduuyai..
Rasanya kalau takde provokasi dari polis dan SB, xde berlaku huru hara mcm semalam, peniaga bahkan jauh lebih gembira kerana peroleh untung berlipat kali ganda..pelancong siap bergambar sbg kenang-kenangan..orang turun bukan nk merusuh, siap bawa keluarga, anak kecil, tetiba lanyak, tangkap orang ramai seolah2 penjenayah yg dikehendaki...
Rakyat sekarang dah bijak la...xperlu nk perbodoh rakyat dgn mainan berita2 semacam ini..pada PM Najib khususnya, kami masih hormat kamu sebagai pemimpin negara, tetapi jangan sesekali anggap kami takut bila anda berkuasa, sebagimana anda, kami rakyat juga mempunyai hak..
Terus terang penulis katakan, jika ada orang menganggap Najib akan memimpin negara seperti Tun Mahathir bahkan lebih 'ganas' dari itu, penulis tetap memandang Najib seperti PM2 seblum ini, biasa sahaja...jika keadaan mendesak, kami tidak gentar untuk turun ke jalan raya (contohnya) sbagai salah satu usaha memberitahu kerajaan ttg kemahuan dan kehendak rakyat sebenar...akhir kalam, rakyat didahulukan, bukan diperdajalkan...wallahua'lam..
-Pria Malaya
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment