http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Isu lesen guaman Rohaizat bantut kempen BN

Posted by Love Perak | Wednesday, August 19, 2009 | 0 comments »

Pembatalan lesen guaman calon BN Rohaizat Othman dijadikan modal oleh PAS dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Permatang
Pasir menjelang pengundian 25 Ogos ini.

Pemerhati politik berpendapat BN perlu memberi penerangan yang lebih jelas kepada pengundi berhubung isu berkenaan supaya ia tidak menjejaskan peluang Rohaizat berbanding lawannya daripada PAS, Mohd Salleh Man, 52.

Ketika dihubungi Bernama, pensyarah kanan Pusat Pengajian Sains
Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata, Rohaizat, 38, merupakan seorang calon muda yang mempunyai ketokohan dan latar belakang pendidikan serta pengalaman yang baik.

Katanya, walaupun pembatalan lesen guaman sivilnya itu tidak membatalkan pencalonannya, namun jika ia tidak ditangani dengan baik, ia boleh merencatkan kempen BN.

Menurutnya, faktor perbezaan usia kedua-dua calon tidak mempengaruhi undi kerana yang penting ialah penduduk di situ memerlukan seorang wakil rakyat yang mampu berkhidmat untuk mereka dan mempunyai ketokohan sebagai pemimpin.

Lesen guaman sivil Rohaizat dibatalkan dipercayai berikutan masalah yang ditimbulkan oleh bekas rakan kongsi firma guamannya.

Pensyarah sains politik Universiti Tunku Abdul Rahman, Afi Roshezry berkata isu pembatalan lesen itu tidak akan menjejaskan kewibawaan Rohaizat kerana ia satu masalah teknikal berhubung pengurusan dokumen.

"Rohaizat sendiri patut mengambil peluang untuk menjelaskan perkara ini semasa tempoh berkempen," katanya.

Afi berpendapat BN perlu menukar corak kempennya dengan tidak terlalu menumpukan kepada soal pembangunan fizikal.

"Kehendak pengundi Malaysia sekarang bukan lagi dari segi materialistik. Pembinaan jalan raya ataupun memasang lampu jalan tidak boleh menarik sokongan seperti masa dahulu.

"Sebaliknya, keikhlasan dan karisma seseorang pemimpin politik perlu
ditonjolkan dan pendekatan bekempen secara bersemuka dalam kumpulan kecil boleh membantu kemenangan," katanya.

0 comments