http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Strategi Halus UMNO Runtuhkan Pakatan Rakyat

Posted by Love Perak | Wednesday, August 19, 2009 | 0 comments »

"Umno kini sudah mengorak langkah untuk keluar dari kepeningan menghadapi serangan dari bloggers dan pengundi yang menolak mereka dalam Pilihanraya Umum baru-baru ini. Bermula dari kejayaan grand design Najib Tun Razak merampas Perak dari PR, kini najib menyerang Selangor dengan memperalatkan secara optimum SPRM, Polis, Jabatan Pelajaran dan lain-lain agensi kerajaan yang sentiasa sedia diperkudakan oleh UMNO si pengkhianat agama, bangsa dan negara ini. Mereka telah mengatur strategi yang menarik untuk diteliti bagi membalas serangan yang di lancarkan ke atas mereka semasa pilihanraya umum dahulu.

SPRM melalui Pengarah siasatannya mengumumkan kononnya mereka akan berhenti dari melakukan siasatan ke atas ahli politik. Akhbar hari ini (Berita Harian 17hb Ogos) pula melaporkan bahawa SPRM bukan Gestapo.

Jika kita meneliti kenyataan pertama, ia seolah-olah menggambar bahawa SPRM sudah merajuk dalam melaksanakan tugas mereka. Dari satu sudut yang lain, jika kita berfikir secara rasional, ianya adalah melucukan. Kenyataan sebegitu boleh disamakan dengan tamsilan, seekor harimau bertekad tidak akan makan/memburu rusa lagi kerana sudah kerapkali gagal menangkapnya dalam siri perburuannya. Bukankah lucu bunyinya??? Tidakkah menyiasat dan menghapuskan rasuah itu adalah tugas SPRM? Jadi, jika mereka tidak mahu menyiasat ahli politik (baca ahli politik pembangkang), ia bermakna SPRM tidak melaksanakan tugasnya. Bukankah tugas SPRM menyiasat dan menangkap ahli politik pembangkang yang disyaki rasuah.

Kita menyaksikan bagaimana lakonan/sandiwara Mahkamah Tinggi pada Jun 2009 yang lalu yang mengisytiharkan Datu Seri Nizar sebagai MB Perak yang sah dan pada keesokan harinya Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan tersebut??? Skrip yang amat ringkas dan mudah difahami tetapi amat berkesan dalam memusingkan pemikiran rakyat supaya membenci pembangkang. Kini adegan yang sama dilakukan oleh SPRM pula. Sudah ramai mereka membabitkan ahli politik PKR dan DAP dalam rasuah sehingga terbunuhnya Teoh Beng Hock. Dan jangan lupa, mereka juga menyiasat ahli politik UMNO (di Terengganu) dalam siri perlaksanaan tugas mereka.

Dari kedua-dua episode di atas, maka media, pemimpin UMNO/BN akan dapat memerangkap pembangkang di bawah Pakatan Rakyat (PR) dan mematahkan hujah PR dalam setiap tindakan mereka. PR tidak boleh lagi mendakwa mahkamah tidak bebas kerana DS Nizar menang dan SPRM tidak boleh dikaakan tidak bebas kerana mereka juga menyiasat 2 orang Wakil Rakyat dari Terengganu. Jadi – mahkamah dan SPRM adalah dua agensi yang tidak memilih bulu. Betulkah realitinya?

Kita menyaksikan sudah berpuluh laporan polis dibuat oleh PR yang membabitkan bukan sahaja bekas wakil rakyat, wakil rakyat, menteri, kroni UMNO malah Perdana Menteri sendiri tetapi – tiada satu pun tindakan atau siasatan yang dilakukan oleh SPRM. Ini adalah mengenai SPRM.

Bagi mahkamah pula, kita menyaksikan bagaimana semua pemimpin UMNO dan kroni-kroni mereka yang didakwa telah didapati tidak bersalah atau tidak didakwa langsung. Razak Baginda, Kasitah Gadam, Eric Chia, Tun Dr Mahathir, kes Lingam, Idris Jusoh dan keruntuhan Stadium Sultan Mizan di Terengganu, Dr Khir Toyo dan Balkis serta rumah agamnya, projek PPRT dan Annuar Musa di Kelantan dan yang terakhir ialah dakwaan dari Ketua Backbencher BN ke atas Presiden MCA yang menerima RM10 juta sebagai derma (kononnya) dan Ketua Wanita MCA pula tidak dinyatakan jumlahnya. Kita yakin Datuk Seri Tiong King Sing tidak berani untuk memecah lubang jumlah derma (istilah baik untuk kerja yang hina) yang diberi dan berapa ramai pemimpin UMNO atau kroni mereka yang menerimanya.

Polis pula amat aktif, tangkas dan cekap apabila ada laporan dibuat melibatkan pemimpin PR. Penggunaan ISA ke atas orang PAS majoritinya atas alasan-alasan yang direka oleh UMNO/polis adalah perkara biasa. Dalam penjara, polis membelasah tahanan, menganiayai, menghina dan menyiksa mental mereka sebagai yang dibuat oleh Gestapo, CIA, Savak, dan Mossad – tiada bezanya. Bila ada pihak yang membangkitkan isu tahanan mati dalam lokap, maka UMNO pun membela polis dengan alas an dan hujah-hujah karut mereka. Kita tidak perlu ada pita rahsia untuk merekodkan video kekejaman polis UMNO ini. Lihat saja bagaimana mereka memperlakukan kepada para demonstran pada setiap kali diadakan perhimpunan aman di Kuala Lumpur.

Dua tahun lalu UMNO/BN pening kepala memikirkan bagaimana mahu menyekat maklumat yang disebarkan melalui internet oleh masyarakat yang prihatin dari sampai ke seluruh lapisan masyarakat. Kini mereka sudah dapat penyelesaiannya iaitu dengan mengupah blogger untuk berhadapan dengan blog-blog yang tidak pro kepada UMNO/BN. Tidak dapat dinafikan memang terdapat ramai manusia yang sanggup diperalatkan dan diperhambakan dengan ganjaran yang sedikit walaupun agama, bangsa dan negara mereka tergadai. Blog-blog ini menulis dan memfitnah para wakil rakyat khususnya dari DAP dan PKR. Apabila penafian dibuat maka UMNO pun dalam masa yang sama membuat penafian ke atas dakwaan-dakwaan yang ditulis oleh blogger yang kontra mereka. Lalu UMNO pun berhujah bahawa sebagaimana wakil rakyat PR menafikan fitnah dari blog-blog, maka samalah keadaannya dengan apa yang mereka lakukan.

Strategi UMNO yang mahu mengelirukan fikiran rakyat masih diteruskan kerana ia terbukti berjaya dan berkesan sejak dahulu. Apa yang sudah termaktub dalamAl Quran tetapi bertentangan dengan polisi dan tindakan mereka (UMNO) mereka mengupah para ulamak untuk menjustifikasikannya dengan hujah-hujah yang mengelirukan masyarkat yang sudah sedia jahil. Contohnya dalam bab jihad, UMNO mengelirukan konsep jihad yang utama iaitu jihadul qital kepada jihad-jihad yang kecil yang tidak diberi penekanan oleh Nabi s.a.w.

Kini PR perlu berhati-hati dengan strategi halus dan terkini UMNO/BN. Mereka akan arah mahkamah, polis ,SPRM dan agensi-agensi kerajaan yang lain agar berbuat sesuatu (‘by hook or by crook’) untuk membabitkan pemimpin PR dan apa jua kes dan dalam masa yang sama bersandiwara. dengan menangkap beberapa pemimpin UMNO kemudian menutup failnya secara senyap-senyap. Mereka kini sudah matang untuk menangkis strategi politik pembangkang dengan mengikut rentak politik PR. Desakan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja kes Beng Hock dipatuhi tetapi sebagaimana yang kita jangka, suruhanjaya itu hanya menjadi budak suruhan UMNO sahaja. Kegagalan PR untuk mengatasi perancangan strategic UMNO yang terkini ini akan mengakibatkan rakyat berjaya dikelabui dan di tipu sekali lagi oleh UMNO. Kesan jangkamasa pendeknya ialah PR bakal menyaksikan merudumnya sokongan masyarakat kepada mereka jika langkah strategik seterusnya tidak diambil segera. "

0 comments