http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Pemuda PAS selar Ali Rustam

Posted by Love Perak | Friday, August 14, 2009 | 0 comments »


IPOH : Dewan Pemuda PAS Perak menyelar cabaran Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam yang menggesa parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) berikutan daripada isu penjualan arak di Selangor.

Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Mohd Ali tidak layak memberi komen itu kerana beliau adalah ahli politik yang terlibat dengan tuduhan mengamalkan rasuah.

Katanya, tindakan itu adalah tidak berasas sama sekali dan menganggap ia sebagai provokasi yang cuba mengelirukan rakyat, malah Mohd Ali sendiri patut keluar daripada UMNO kerana terlibat dengan rasuah, bukan hanya menuding jari menyalahkan pihak lain.


“UMNO sendiri tidak pernah menghalang atau mengharamkan walau setitis arak selama ini hingga mewujudkan sebuah kilang arak terbesar di Selangor. PAS pula tidak pernah menghalang kaum bukan Islam mengamalkan budaya serta adat resam mereka.

“Sebagai contoh, judi juga bukan budaya orang Cina, tetapi ianya tetap haram di sisi agama Islam dan inilah yang perlu kita utamakan,” katanya kepada pemberita pada majlis minum petang bersama media anjuran Dewan Pemuda PAS Perak sebuah restoran di sini.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS negeri akan sentiasa memberikan kerjasama kepada polis bagi membanteras dan membasmi kegiatan jenayah yang meningkat sepanjang enam bulan pertama tahun ini di negeri ini.

Kata beliau, kadar jenayah di Perak meningkat hasil kemelesetan ekonomi yang memerlukan kerjasama semua pihak bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian.

“Kita akan membantu polis dengan menyalurkan maklumat jenayah yang diperlukan bagi memastikan sasaran mengurangkan kadar jenayah di negeri ini terlaksana. Semua Dewan Pemuda PAS di kawasan juga telah diarahkan memberikan kerjasama itu,” katanya.SH

0 comments