Menurut Twitter Khairy Jamaluddin, calon Barisan Nasional bagi DUN Permatang Pasir ialah Sdr Rohaizat Otman yang juga Setiausaha Bahagian UMNO Permatang Pauh.
Beliau merupakan seorang peguam dan berusia 38 tahun.
Diberitakan bahawa PAS tidak mengemukakan calon, sebaliknya Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR Sdr Yusmadi Yusoff dijadikan sebagai calon untuk menentang Rohaizat.
Namun berita dari sumber tersebut belum lagi saheh.
Sebaliknya menurut sebuah posting di blog Cina Islam, satu majlis pengumuman siapa calon PAS akan diadakan pada malam ini. Pengumuman akan dibuat sendiri oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang.
Menurut blog itu lagi, “kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat akan hadir kecuali Penasihat Parti KeADILan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana mempunyai urusan di luar negara”.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi membuat penguman memilih Rohaizat Othman sebagai calon BN untuk PRK DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini.
0 comments
Post a Comment