SHAH ALAM (PemudaGombak.com)– Pemuda PAS Selangor menyelar sikap “munafik” Umno yang kononnya hendak menjadi juara di dalam isu arak di Negari Selangor. Kenyataan tersebut dikeluarkan di dalam satu sidang media yang diadakan selepas serahan memorandom mengenai isu arak di MBSA oleh DPPNS kepada YB Ronnie Liu di pejabatnya di tingkat 15 bangunan suk pada pukul 4.30ptg tadi. YB Ronnie Liu menerima memorandum daripada Dewan Pemuda PAS Selangor. (PemudaGombak.com) Ia jelas bertujuan untuk melaga-lagakan kesatuan dan kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat apabila Umno kononnya sanggup berdemonstrasi untuk membantah tindakan YB Ronnie Liu. “DPPN Selangor tidak akan melayan sebarang percubaan Umno Selangor untuk mengeruhkan keadaan ini. DPPN Selangor menolak cadangan untuk berdemostrasi bersama-sama Umno bagi membantah perkara tersebut. DPPN Selangor melihat percubaan Umno untuk memperalatkan isu ini sebagai satu tindakan munafik kerana merekalah sebenarnya punca kekecohan ini” petik kenyataan tersebut. Kenyataan tersebut juga menyebut bahawa punca utama masalah ini ialah apabila Umno yang memerintah Selangor semenjak 52 tahun lalu dengan sengaja membiarkan arak dijual secara berleluasa. Bahkan, di Selangor sendiri terdapat dua buah kilang arak yang besar yang terletak di kawasan penduduk Melayu. Ternyata slogan ‘Penerapan Nilai-nilai Islam’ dan ‘Islam Hadhari’ yang dilaung-laungkan oleh Umno selama ini adalah palsu semata-mata. Dalam masa sama DPPNS mencabar Umno melakukan bantahan dan tindakan yang serupa terlebih dahulu ke atas negeri-negeri dibawah pemerintahan Umno (BN) sekiranya mereka ingin menfikan yang mereka bukan bermuka-muka dan munafik dalam isu penjualan arak ditempat terbuka ini. (PemudaGombak.com) Berikut adalah petikan penuh kenytaan tersebut; KENYATAAN MEDIA (6 OGOS 2009) UMNO PUNCA SEBENAR ISU ARAK DI SELANGOR Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPN Selangor) memandang serius kekecohan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor ekoran isu kawalan penjualan arak sekarang ini. Memang tidak dinafikan bahawa DPPN Selangor membantah tindakan keras Exco Kerajaan Selangor, Y.B Ronnie Liu yang telah campur tangan dalam menghalang penguatkuasa MBSA yang bertindak ke atas premis yang menjual arak secara terbuka. DPPN Selangor juga telah menghantar memorendum kepada Y.B Ronnie tanda ketegasan pihak DPPN Selangor dalam membela isu-isu yang berkaitan Ummat Islam. Walau bagaimanapun, DPPN Selangor tidak akan melayan sebarang percubaan Umno Selangor untuk mengeruhkan keadaan ini. DPPN Selangor menolak cadangan untuk berdemostrasi bersama-sama Umno bagi membantah perkara tersebut. DPPN Selangor melihat percubaan Umno untuk memperalatkan isu ini sebagai satu tindakan munafik kerana merekalah sebenarnya punca kekecohan ini. DPPN Selangor percaya isu ini tidak memberi kesan buruk kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, sebaliknya semua masalah ini akan diselesaikan dalam semangat setia kawan. DPPN Selangor ingin mempertegaskan di sini bahawa isu arak ini bukanlah berpunca daripada DAP atau Kerajaan PR. Tetapi ia adalah berpunca daripada kegagalan dasar-dasar Kerajaan Umno/BN sebelum ini yang telah menyebabkan berlaku kerosakan di negeri ini. Adapun masalah dengan DAP ini hanyalah masalah teknikal pentadbiran sahaja yang boleh diselesaikan secara baik. Punca utama masalah ini ialah apabila Umno yang memerintah Selangor semenjak 52 tahun lalu dengan sengaja membiarkan arak dijual secara berleluasa. Bahkan, di Selangor sendiri terdapat dua buah kilang arak yang besar yang terletak di kawasan penduduk Melayu. Ternyata slogan ‘Penerapan Nilai-nilai Islam’ dan ‘Islam Hadhari’ yang dilaung-laungkan oleh Umno selama ini adalah palsu semata-mata. Pemimpin Umno sengaja membutakan hati dan mata mereka terhadap kesan-kesan sosial yang timbul akibat arak. Sama ada kita sedar atau tidak, bahawa lebih 4,000 pusat hiburan yang disebut oleh Dr Mohd Khir Toyo itu hampir semuanya menjual arak. Ini belum diambil kira kedai-kedai runcit yang menjual arak seperti 7-eleven dan juga pasar-pasar raya di seluruh Selangor. Arak pada masa ini dijual secara berleluasa sehingga mendedahkan masyarakat kepada bahaya keruntuhan moral. Kesan daripada sikap munafik umno ini, telah timbul gejala sosial yang begitu parah dalam masyarakat, bukan sahaja di kalangan remaja, tetapi juga golongan dewasa dan warga emas. Arak yang menjadi ibu segala maksiat dijual secara berleluasa dalam negeri yang kononnya hendak menegakkan Islam Hadhari. Sekarang ini golongan remaja termasuk pelajar sekolah telah terlibat dengan gejala arak yang dibiarkan penjualannya oleh Umno selama ini. Kerana itulah timbul isu-isu sosial seperti dadah, rempit, lepak, buang anak, zina, memandu dalam keadaan mabuk dan sebagainya. Apalah ertinya kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk membangunkan minda rakyat dan meningkat kesihatan masyarakat, tetapi dalam masa yang sama membiarkan arak dijual secara berleluasa. Atas asas inilah, DPPN Selangor menyalahkan sepenuhnya kepada Umno dalam masalah yang berbangkit ini. DPPN Selangor merasakan bahawa salah satu cara untuk memulihkan masalah sosial dalam masyarakat ialah dengan mengawal penjualan arak ini. Tidak ada sebab bagi DPPN Selangor bekerjasama dengan Umno untuk memperjuangkan isu ini, kerana Umno sendiri adalah punca kepada masalah ini. DPPN Selangor sebaliknya menyokong penuh tindakan MBSA untuk menyita kedai-kedai arak yang tidak mengikut peraturan. Dan tidak timbul bahawa PAS dan DAP berselisih pendapat dalam soal ini, melainkan hanyalah salah faham pentadbiran sahaja. DPPN Selangor mencabar Umno melakukan bantahan dan tindakan yang serupa terlebih dahulu ke atas negeri-negeri dibawah pemerintahan Umno (BN) sekiranya mereka ingin menfikan yang mereka bukan bermuka-muka dan munafik dalam isu penjualan arak ditempat terbuka ini. AHMAD ZAIDY ABDUL MUTALIB Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Walhal selama ini, kerajaan Selangor di bawah pemerintahan Umno/BNlah yang meng’halal’kan penjualan arak di selangor malah di seluruh Malaysia.
Rombongan DPPNS diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda Sdr A. Zaidy Abd Mutalib. Perbincangan tentang isu ini telah berjalan selama dua jam bersama YB Ronnie Liu dan DPPNS telah menyerahkan isi memorandom sebagai desakan DPPNS terhadap insiden yang berlaku.
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment