http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

GUAR CHEMPEDAK – Penyokong Pakatan Rakyat (PR) diingat supaya terus berdiri teguh di belakang pakatan itu jika ingin memastikan semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama mendapat pembelaan sewajarnya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR adalah parti yang telus dan bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.

“Bagi tujuan sedemikian, rakyat perlu juga memberi kerjasama kepada pihak kami dengan menyatakan masalah dan terus menyokong kami.

“Semua ketua Cabang PKR mestilah peka dengan masalah yang dihadapi rakyat dan bekerja dengan semangat perpaduan bagi memastikan rakyat terbela,” katanya dalam taklimat dengan penyokong, di sini.

Taklimat khas di Dewan Majlis Daerah Yan, di sini adalah bagi memperkasakan lagi PR Kedah, dianjurkan oleh PKR Kedah. Ia diadakan sempena lawatan sehari beliau ke Kedah dan dihadiri semua ketua Cabang PKR seluruh negeri Kedah.

Menurutnya, dalam memastikan rakyat terus menyokong PKR, pihak tertinggi PKR Kedah juga semestinya memberi sumbangan dan khidmat terbaik kepada semua permasalahan yang dihadapi rakyat.

Pada majlis berkenaan, semua ketua Cabang PKR Negeri Kedah menyerahkan permohonan penubuhan Ranting-ranting baru dan borang permohonan keahlian baru kepada beliau yang melebihi angka 5,000 pemohonan.

Beliau berkata, dengan adanya Ranting-ranting baru tersebut diharap dapat membuka ruang kepada PKR Kedah memperluaskan kawasan khidmat mereka.

0 comments