http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Majlis Peguam atau Umno bohong?



Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata:
..di mana yang melakukan perbuatan itu bukanlah saudara Rohaizat tetapi bekas rakan kongsinya (mStar Online 16/8/09 "Dakwaan firma guaman salah guna wang tak libatkan calon BN")
Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan pula berkata:
"The offence was for personal liability and does not involve any other persons, as Rohaizat was named by the complainant, and not his partner," Bar Council president explained.

"Rohaizat was disbarred on March 7 last year and he appealed against the Bar Council decision to the High Court, which also dismissed his appeal on Aug 12 this year" (Malaysian Insider 18/8/09 "Umno represented by disbarred lawyer ")
Dalam posting blog ini yang bertajuk "Ada pekung di dada calon BN Permatang Pasir?" Tharieq Dhiyauddin berpesan:
Apabila datang satu berita maka selildikilah dahulu...
Pesanan beliau sesuai dengan ayat keenam Surah al-Hujurat:
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
Oleh kerana Zahid pernah menjadi menteri yang bertanggungjawab hal ehwal agama tentulah beliau tidak fasik. Dan, takkan pula beliau nak berbohong.

Lagi pun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN tidak akan berbohong kepada pengundi semata-mata untuk meraih sokongan.

Saya cadangkan kepada Rohaizat agar mencabar keputusan Mahkamah Tinggi 12 Ogos lalu yang menolak rayuannya berikutan tindakan Majlis Peguam memecatnya.

Tak patut Rohaizat dihukum sedangkan, seperti cakap benar Zahid, "yang melakukan perbuatan itu bukanlah saudara Rohaizat tetapi bekas rakan kongsinya".

Saya juga mencadangkan Rohaizat mengambil tindakan undang-undang ke atas Majlis Peguam yang menuduh beliau terlibat dalam salah laku dan memecatnya kerana, seperti cakap benar Zahid, "yang melakukan perbuatan itu bukanlah saudara Rohaizat tetapi bekas rakan kongsinya".

-Penarik Beca

3 comments

  1. hajitarmizi // August 18, 2009 at 6:34 PM  

    Pilih punya pilih bertemu PEKUNG. Sebab semuanya ada PEKUNG.Bior le dema nak kena tu.....

  2. hajitarmizi // August 18, 2009 at 6:34 PM  

    Pilih punya pilih bertemu PEKUNG. Sebab semuanya ada PEKUNG.Bior le dema nak kena tu.....

  3. anakpahang // August 18, 2009 at 8:02 PM  

    Haru biru warna warni undang-undang Malaysia di nyanyikan oleh puak-puak ini.

    Amboi cantiknya, orang lain buat hal Rohaizat pulak yang kena dengan Majlis Peguam yee!!

    PELIK SUNGGUH MENTERI TU EEYEE!!

    Dah terpilih yang ada tokak , nak buat camana ,

    Agaknya hak jenis je dah yang tinggal , yang sihat-sihat dah lari dahhh!!!!