http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

ADUN BN T'Ganu Bakal Letak Jawatan Dalam Masa Terdekat

Posted by Love Perak | Tuesday, September 01, 2009 | 1 comments »


KUALA TERENGGANU – Krisis Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dijangka terus meruncing apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dimaklumkan nekad mahu meletakkan jawatan.

Sumber Buletinonline memberitahu, ADUN tersebut yang juga Exco kerajaan negeri dikatakan sudah tidak tahan menghadapi kecelaruan pentadbiran Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said.

Sumber tersebut berkata, ADUN berkenaan dijangka meletakkan jawatan dalam tempoh sebulan dua ini.

(Gambar - Barisan Exco Umno/BN Terengganu, berdiri dibelakang. Siapakah diantara mereka yang dikatakan akan meletakkan jawatan).

Dengan pengakuan terbaru ADUN Umno/BN hari ini, mengesahkan kebenaran desas-desus berkaitan beberapa ADUN Umno/BN yang akan keluar dari parti itu.

Rabu lalu, 26 Ogos, Bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu Dato’ Rosol Wahid menafikan beliau dan kumpulan ’10 budak hitam’nya mahu melompat dan menyertai Parti Kedailan rakyat (PKR).

Dua hari selepas itu, ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata sebaliknya, mengaku ada rundingan dibuat yang melibatkan beberapa orang wakil rakyat berkenaan cadangan untuk lompat parti.

Nawi sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar Internet berkata, cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan Umno bermula sejak dua bulan lalu.

"Ini bermula daripada cadangan. Cadangan ini ada daripada PKR dan ada daripada individu," katanya tanpa menamakan individu-individu berkenaan.

Menurut Nawi, pertemuan seumpama itu juga diadakan secara tidak rasmi di antara beliau sendiri dan beberapa lagi wakil rakyat Umno negeri itu.

Beliau turut mengesahkan terdapat sembilan orang wakil wakyat Umno yang kini tidak lagi menyokong kepimpinan ADUN Kijal.

"Memang betul kami tidak berpuas hati dengan menteri besar," kata Nawi lagi.

1 comments

  1. Anonymous // September 18, 2009 at 11:47 PM  

    dah lama dah dengaq dalam masa terdekat...dok sembang ja...letak jer jawatan kalau dah bergolah..sembang banyak tak guna..