http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Zambry Jangan Nak Tunjuk Angkuh!!!!

Posted by Love Perak | Thursday, September 10, 2009 | 0 comments »

Tambun - Baru-baru ini, Dato’ Seri Zambry Abd Kadir telah mengeluarkan kenyataan di dalam ucapan beliau yang begitu angkuh, dengan mengatakan bahawa jasa BN tidak boleh dipersoalkan. Beliau berkata di dalam ucapannya pada Majlis Dividen Kepada Rancangan Tanam Baru Berkelompok dan Tanam Semula Komersial, RISDA Negeri Perak.

Mengulas lanjut tentang ucapan beliau itu, Exco Dewan Pemuda PAS Perak, saudara Mohd Hafez Sabri, membidas kenyataan tersebut dengan mengatakan bahawa BN tidak pernah berjasa. Sebaliknya apa yang dilakukannya selama ini adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh mereka, dan ia adalah satu kewajipan.

Beliau berkata lagi, adakah seseorang Islam itu boleh mendabik dada dengan amalannya yang dikatakannya sebagai banyak, dengan hanya mengerjakan solat-solat fardhu semata-mata? Hakikatnya dia hanya melakukan sesuatu yang diwajibkan keatasnya semata-mata.

0 comments