http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Beg hilang di LCCT KLIA

Posted by Love Perak | Thursday, July 15, 2010 | 1 comments »

(Surat Pembaca dari Malaysiakini)

Pada 21 Jun 2010, saya bersama-sama rakan-rakan dijadualkan bertolak ke Jakarta. Sewaktu di pemeriksaan badan di sekuriti di terminal LCCT, KLIA, saya beratur menunggu pemeriksaan badan.

Saya telah memasukkan beg ke dalam scanner sebelum menunggu untuk diperiksa. Di dalam beg saya terdapat dompet, kad pengenalan, telefon bimbit, dan wang saku. Sewaktu hendak diperiksa, saya dipintas oleh sekumpulan manusia yang mendakwa mereka sudah terlambat untuk menaiki penerbangan.

Pihak keselamatan membenarkan mereka untuk diperiksa terlebih dahulu. Sewaktu saya telah selesai diperiksa, saya mendapati beg saya sudah tiada lagi di tempat sekuriti.

Saya ingin berterima kasih atas tindakan pantas sekuriti mengecam suspek. Namun setelah siasatan dijalankan selama sejam, kami gagal menemui suspek dan beg saya. Saya lantas tidak dapat terbang ke Jakarta, dan membuat laporan polis sejurus selepas itu.

Berikut ada sedikit perubahan yang saya cadangkan untuk pihak sekuriti;

  • Bertindak tegas dan tidak leka dalam memeriksa penumpang. Ada pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kelekaan kita. Saya harap penumpang yang sudah terlambat tidak dibenarkan untuk memotong barisan.
  • Kegagalan cctv mengecam suspek dengan baik. Saya hanya dimaklumkan bahawa mereka hanya dapat mengecam suspek berbaju hijau sahaja. Jika mereka mempunyai imej yang baik, mereka pasti mampu merakam wajah suspek dan berhubung dengan pihak imegresen untuk mengimbas kembali wajahnya. Orang ramai biasanya menganggap bahawa lapangan terbang adalah tempat yang selamat, apatah lagi di tempat yang dipenuhi oleh pihak keselamatan.
  • Kegagalan melaporkan kejadian ini segera kepada pihak polis - saya berasa amat hairan sewaktu membuat laporan polis tentang kehilangan beg saya. Ini kerana pihak polis tidak dimaklumkan tentang kejadian ini secepat mungkin.
  • Ketika saya ingin mengetahui hak saya selaku pelanggan di LCCT seperti hak ganti rugi dan sebagainya, saya tidak dilayan dengan baik dan dituduh ingin memburukkan nama mereka. Layanan seperti ini sangat saya kesali. Saya juga tidak diberi kebenaran untuk berhubung dengan pihak atasan.
Saya berharap pihak keselamatan LCCT KLIA boleh memantapkan lagi keselamatan dan pengurusan supaya kejadian ini tidak berulang lagi. Bayangkan betapa peritnya hal ini jika ia berlaku kepada anda.

1 comments

  1. Anonymous // July 15, 2010 at 6:54 AM  

    semakin ramai orang telah hilang kejujuran. kita tidak hairan pada penjenayah itu kerana mereka memangnya syaitan berwajah manusia, tapi mereka yang bertanggung jawab menjaga keselamatan juga. apa yang mereka jaga adalah nama, tapi apalah ada pada nama jika hakikatnya yang punya nama baik itu berbau busuk. itulah yang di ajar oleh pemimpin yang ada sekarang. kita hanya indah pada kulit tapi busuk pada isinya.