http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Desakan Bodoh Zul Noordin Dibidas Tuan Ibrahim Tuan Man

Posted by Love Perak | Thursday, July 08, 2010 | | 0 comments »

Kalau hang dan duk dalam kumpulan ‘pencandu-pencandu’ Umno, usahlah duk sibuk nak masuk campur dalam urusan PAS dan Pakatan Rakyat. Hang bukan lagi orang PAS dan PR. Sedar diri sikitlah.

Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebelum ini telah pun mendesak Lembaga Tatatertib PAS menyiasat dan mengambil tindakan tatatertib terhadap dua pemimpin PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Dr Hatta Ramli yang hadir dalam Majlis Pelancaran Friends of Pakatan baru-baru ini di London.

Mengulas desakan itu, Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Lembaga Tatatertib PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjawab, kedua-dua pemimpin PAS yang hadir ke majlis pelancaran itu adalah atas tiket PAS yang juga parti komponen Pakatan Rakyat (PR), jadi tiada keperluan untuk menyiasat dan mengenakan tindakan tatatertib ke atas mereka.

Create stunning presentations with Office 2010. Upgrade now

“Mereka bukan ke sana atas agenda peribadi. Pas adalah ahli komponen PR, jadi Pas juga perlu berada di sana. Tidak salah pas menghantar wakil.

“Lagipun, saya anggap Zulkifli bukan lagi ahli Pas dan dia tidak berhak memberikan pandangan. Justeru tiada keperluan untuk melakukan siasatan,” kata Tuan Ibrahim seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Yang Zulkifli Nordin menyibuk kenapa? Apakah dia perasan dia masih lagi ahli PAS?

Lawak pun, bodoh pun ada. Yang pelik bagi WarkahDaily, apa hak dia nak campuri urusan dalaman PAS dan PR. Apa hak hang nak suruh siasat depa tu?Hang tu bukannya tahu perihal depa tu, jangan duk mandai-mandai pulak. Depa tu pergi atas tiket PAS bukan sebab peribadi.

Ikut suka depalah nak pi mana pun, tak kan nak kena lapor kat hang kot, Zul!. Yang sepatutnya jelaskan pendirian kepada rakyat ialah hang sendiri.

Zulkifli Noordin lebih berhak disiasat oleh SPRM, bagaimana dia dan kumpulan ‘MP bebas’ yang boleh pergi ‘melancong’ ke luar negara bersama Perdana Menteri tempoh hari. Apakah motif hangpa pi sana, Zul? Apa yang korang dengan Najib ‘bermeeting’?

Janganlah pulak hang duk menyibuk pasal ‘keluarga’ orang pulak. Hang tu bukan ‘keluarga’ Pakatan.

Dalam perkembangan lain yang berkaitan, satu kenyataan rasmi mengenai status keahlian Zulkifli di dalam Pas sudah dikeluarkan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

“Apabila seseorang ahli Pas keluar parti dan menyertai parti lain, secara automatiknya keahlian beliau telah gugur,” katanya.

Sebenarnya, Zulkifli Noordin semakin terdesak dalam mengeluar kenyataan kerana popularitinya semakin menurun dan semakin tidak kedengaran pasalnya lagi selepas puak-puak muda yang mengaku ulamak memintas popularitinya selepas menyertai Umno.

Populariti hang akan hilang begitu aje selepas PRU 13 nanti. Masa tu carilah kerja lain yang boleh. Usah mimpilah dengan status ahli yang berhormat lagi. Rakyat Kulim Bandar Baharu akan pastikan hang kalah teruk jika hang masih nak bertanding. -WarkahDaily

0 comments