http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Isu KDI : Najib Harus Berundur Sekarang - Mahfuz

Posted by Love Perak | Monday, July 26, 2010 | 0 comments »

Kejatuhan mendadak pelaburan langsung asing (FDI) dengan sendirinya menghilangkan kelayakan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Najib seharusnya berundur secara terhormat demi untuk menyelamatkan (gagasan) Satu Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan," katanya.

Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan jumlah FDI ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak sebabnyak RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion* yang diterima pada tahun 2008

Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005.

Dalam satu kenyataan lewat malam tadi, Mahfuz berkata beliau tidak sangka laporan tersebut menggambarkan petunjuk Prestasi Utama (KPI) "begitu buruk sekali".

“Dalam sektor korporat perkembangan begini adalah gambaran gagalnya seorang CEO (ketua pegawai eksekutif).

"CEO seperti ini akan dipecat kerana tidak produktif dan gagal membawa pulangan keuntungan kepada syarikat,” katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Mahfuz berkata gambaran tersebut menggambarkan Malaysia mengalami krisis kepercayaan masyarakat antarabangsa, akibat daripada gejala rasuah dan kepincangan sistem perundangan negara.

“Di Malaysia, Umno mengamalkan konsep who you know (siapa anda kenal) bukan what you know (apa anda tahu),” katanya.

Mahfuz berkata, ini dibuktikan melalui pelbagai "kepincangan pengurusan" dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang memberikan tanggapan bahawa tiada budaya ketelusan dan kebertanggungjawaban.

“Ingin saya lontarkan soalan adakah Najib bersedia mengambil tindakan untuk melepaskan jawatan? Tentu tidak. Najib akan kata 'business as usual' (bekerja seperti biasa).

“Inilah budaya 'tidak apa' (dalam) Umno yang merosakkan negara,” katanya lagi.

0 comments