http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Pemimpin Pas Yang Jadi PM, Bukan Anwar - Chua Soi Lek

Posted by Love Perak | Saturday, July 31, 2010 | 0 comments »

Anwar tak mungkin PM

KOTA BHARU – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan dipilih sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Sebaliknya, Presiden MCA itu yakin, jawatan tersebut akan disandang pemimpin Pas memandangkan parti itu lebih tersusun organisasinya selain mempunyai jumlah ahli yang besar berbanding parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Sebagai ingatan kepada rakyat bahawa kalau mereka hendak menyokong PR sehingga menguasai pentadbiran di pusat, mereka jangan begitu yakin bahawa bakal Perdana Menteri daripada PKR.

“Pada hemat kami (jika PR menang), Perdana Menteri akan datang dari Pas kerana parti itu mempunyai satu organisasi yang lebih besar, ahli yang lebih ramai dan mempunyai sumber jauh yang lebih besar berbanding parti lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Kelantan di sini semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Naib Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Kelantan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Setiausaha Agung, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pemuda, Dr Wee Ka Siong.

Dalam perkembangan lain, Soi Lek meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya, kelmarin atas tuduhan menipu kerajaan berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melibatkan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion, hampir lapan tahun lalu.

“Kita yakin sistem kehakiman negara akan menegakkan keadilan dan kita serah kepada mahkamah untuk menentukan nasib sesiapa saja dan tidak elok kita buat pelbagai spekulasi yang mungkin tidak berasas disebabkan kita tidak mempunyai maklumat yang lengkap.

“Sebagai seorang pemimpin tertinggi (bekas Presiden MCA) begitu lama bukan hanya Tun Ling sahaja sesiapa pun sedikit sebanyak menjejaskan imej tetapi begitu juga dengan PKR apabila pemimpin agung mereka dituduh di mahkamah ia juga menjejaskan imej parti itu,” katanya.

0 comments