http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Mari Belajar: Bagaimana kapal selam beroperasi?

Posted by Love Perak | Saturday, July 17, 2010 | 0 comments »


oleh : sofi yassin (kerajaan rakyat)

Bergerak di bawah permukaan air, kenderaan yang dikenali sebagai kapal selam biasanya digunakan untuk tujuan ketenteraan atau kajian yang melibatkan aktiviti sains laut.

Boleh dkatakan banyak negara yang mempunyai angkatan tentera laut pasti akan menggunakan perkhidmatan kapal selam dalam operasi ketenteraan mereka.

Rekaan kapal selam yang berbentuk cerut mengambil idea daripada badan ikan paus. Ia berfungsi mengurangkan geseran air dan badan kapal selam untuk membenarkannya bergerak dengan lebih pantas.

Kapal selam moden yang mempunyai sokongan kuasa reaktor nuklear membolehkannya kekal berada di bawah permukaan air hampir sepenuh masa dan timbul hanya apabila diperlukan.

Menara pada bahagian atas kapal selam dilengkapi dengan pelbagai peralatan seperti periskop dan layar elektronik termasuk radio, radar dan pelbagai sistem sokongan lain.

Kapal selam moden menggunakan teknologi pemanduan terbantu menerusi sokongan alat sistem penentu kedudukan global

Pengendalian kenderaan tersebut biasanya mengaplikasikan sistem radio secara senyap untuk mengelakkannya daripada dikesan ketika bergerak.

Sudah faham semua?

Sekarang tiba masa menjawab soalan.

1- Apakah nama kapal selam yang tidak bolih menyelam?

2- Negara manakah yang memiliki kapal jenis tidak menyelam?

3- Siapakah yang buat keputusan beli kapal selam itu?

4- Kenapakah dia beli kapal selam itu?

5- Untungkah negara yang memiliki kapal selam itu?


Dua Soalan Cepumas:


- Apakah kaitan bahan letupan C4 dengan pembelian kapal selam itu?

- Dalam banyak-banyak BIJIK, bijik apakah yang paling sedap?

0 comments