http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Tambang teksi bagi satu kilometer pertama dinaikkan dari RM2 kepada RM3 mulai 1 Ogos.

Dalam pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz di Kuala Lumpur hari ini, bagi jarak setiap 115 meter, kadarnya adalah 10 sen.

Kadar lama, kenaikan 10 sen untuk setiap 150 meter.

Teksi yang menunggu penumpang pula, kadar terbaru 10 sen untuk setiap 21 saat berbanding dahulu untuk 45 saat.

Selain itu, kadar tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sehingga 30 peratus bermula tarikh yang sama, katanya.

Kadar baru tambang teksi itu dilaporkan mengambil kira pelbagai faktor termasuk destinasi, jarak dan masa selepas kajian Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Mei lalu.

Kerajaan sebelum ini pada dasarnya bersetuju memberi kenaikan 30 peratus bagi meringankan beban pengusaha pengangkutan awam, termasuk surcaj 30 peratus tambang bas ekspres.

p/s: alangkah bahagianya seluruh rakyat malaysia mendengar khabar ini...tahniah kerana mengundi barisan nasional...lepas ni undi lagi ya!

4 comments

  1. jauhariah Omar // July 16, 2009 at 3:08 PM  

    xkisah pun tambang teksi naik. lagi teruk kalau janji nak ke putrajaya xjadi, malu besar,

    mari kapankan PKR selamanya.....

  2. Love Perak // July 16, 2009 at 3:12 PM  

    sekurang2nya anwar berusaha untuk bantu rakyat.
    walaupun gagal, rakyat tetap menyokong perjuangan beliau untuk mengubah kerajaan malaysia.

    ini baru 100 hari dah membebankan rakyat...

  3. Anonymous // July 16, 2009 at 3:27 PM  

    nak kapankan PKR??? Apa punya tuuur!!! Ini mesti loya buruknye!!!

  4. Anonymous // July 16, 2009 at 3:37 PM  

    LEPAS NIE BOLEH NAIKKAN LAGI HARGA BABI DAN PIG.. WILDBOAR JUGA...DAN VAKSIN H1N1 ... IMPORT BANYAK2 KE SINGAPORE NAIK TEKSI ATAU BAS..

    HARGA BARANG JGN LUPA NAK NAIK SEKALI..

    LORI BARANG LEPAS RAYA NAIK