http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Pakatan Rakyat Sebulat Suara Tolak Musa Hasan

Posted by Love Perak | Tuesday, July 28, 2009 | 0 comments »

Perbincangan meja bulat Pakatan Rakyat hari ini memutuskan sebulat suara supaya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan dan digantikan.

Keputusan itu dicapai hasil perbincangan bersama kumpulan ahli parlimen DAP (15 orang), PKR (10), PAS (2), seorang senator, wakil-wakil NGO dan orang awam.

Sesi di bangunan parlimen tersebut dipengerusikan oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebagai pemudahcara perbincangan tersebut.

Empat resolusi yang diluluskan dalam perbincangan meja bulat tersebut ialah:

Musa tidak sepatutnya memohon perkhidmatnya sebagai ketua polis negara disambung dua tahun lagi.

Perlantikan ketua polis negara yang baru.

Perdana Menteri patut memasukkan Indeks Prestasi (KPI) bagi pencegahan jenayah pelbagai kategori yang dicadangkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin.

Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

0 comments