http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

UMNO Takut Nak Sebut PAKATAN RAKYAT..kah kah

Posted by Love Perak | Tuesday, July 28, 2009 | 1 comments »



Usah sebut ‘Pakatan Rakyat’: Shafie

BANDAR TUN RAZAK – Ahli UMNO dilarang dan dinasihatkan berhenti memanggil nama parti pembangkang dengan ‘Pakatan Rakyat’ kerana nama yang layak untuk mereka adalah ‘Pakatan Pembangkang’ kata Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju berkata, ahli UMNO khasnya dinasihatkan agar jangan lagi menyebut atau memanggil dengan gelaran itu, kerana ucapan mereka itu adalah satu doa.

“Kita ahli UMNO jangan pula dengan mudah mengiktiraf mereka sebagai pakatan untuk rakyat, mereka bukan pakatan rakyat, malah memecah- belahkan rakyat jadi adalah lebih tepat nama yang dipanggil ‘pakatan pembangkang’ yang mana mereka ini yang sering kali membangkang keputusan kerajaan.

“ UMNO sendiri sebenarnya adalah pakatan untuk rakyat tetapi kita lebih selesa dan yakin dengan nama Barisan Nasional yang menjaga kepentingan bersama sejajar dengan konsep 1 Malaysia kini,” katanya.

LovePerak : kah kah kah..apesal la puak2 ni takut sangat kat pakatan rakyat ni... rumah kata pergi kubur kata mari.... buat malu je nak sebut pun takut...kah kah

1 comments

  1. Anonymous // July 28, 2009 at 11:47 PM  

    dr shafie mcm bebudak..otak mendop..akal kureng..pasai nama pakatan rakyat pun nk takut..ape bende ler..pengecut tk tentu pasal..dgn baju hitam tk boleh..itu ari baju kuning (bersih)..tu sebab bile dh kurang sokongan rakyat..duk ngelabah..cermin le muke hangpa umno..parti penuh najis rasuah