http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Piliharanya Kecil DUN Galas?

Posted by Love Perak | Wednesday, July 22, 2009 | 0 comments »


Sehingga artikel ini dipaparkan, masih tidak pasti lagi keadaan ADUN Galas, Che Hashim Sulaiman, 45 dari parti PAS yang baru-baru ini dilaporkan uzur akibat penyakit barah bawah perut yang dihadapinya. apa yang pastinya ialah pada saat dan ketika ini, jentera Barisan Nasional sudah bertungkus-lumus bekerja keras di Galas dan telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan untuk menghadapi Pilihanraya kecil buat kesekian kalinya.

Bila aku menaip artikel ini, bukan bermakna aku mendoakan yang tidak baik untuk ADUN sedia ada yang kesihatannya terganggu itu, malah aku juga turut mendoakan kesejahteraan kepada beliau dan semoga beliau segera sembuh dari penyakit yang dihidapinya. semoga beliau cepat sembuh dan semoga Allah mengurniakan beliau kesihatan yang baik agar dapat menjalankan amanah yang sedang dipikulnya selaku ADUN Galas.

Apa yang aku cuba bangkitkan ialah bersediakah Pakatan Rakyat khususnya PAS untuk menghadapi sebarang kemungkinan..? disaat-saat ADUN PAS sedang uzur, siapakah yang bertanggungjawab mengambil alih buat sementara tanggungjawab-tanggungjawab kepada penduduk Galas atau perkara itu telah diserahkan sepenuhnya kepada UMNO/BN lantaran jentera UMNO/BN telah mula "bekerja" di Galas..?

Ini yang selalu melalaikan kita. dikawasan-kawasan yang kita fikirkan "kawasan kita", selalunya kita lalai. jarang sekali kita hendak "kedepan" melainkan disaat-saat akhir. ini juga yang berlaku di Manek Urai. jangan bercerita tentang apa yang dimainkan oleh UMNO/BN. jangan bercerita berapa banyak wang ringgit yang ditabur oleh UMNO/BN, jangan bercerita tentang "gula-gula pilihanraya" dan jangan bercerita tentang apa yang dijanjikan oleh UMNO/BN dalam kempen pilihanraya mereka.

Semua cerita-cerita diatas bagi aku sekadar alasan untuk menutup kelemahan kita sendiri. bila kalah, "orang lain yang salah", bila menang, "sebab kita hebat". kalau kita hebat, mengapa kita perlu beralasan sedangkan alasan itu hanya untuk mereka-mereka yang "tidak hebat'. untuk menutup "ketidak hebatan" maka perlu ada alasan. begitu kan..?

Pada ketika ini, jentera UMNO/BN sudah mula bekerja, mereka-mereka yang perlukan rumah, sedang diagih-agihkan rumah-rumah PPRT untuk mereka. bagi yang memerlukan bantuan baik wang ringgit atau apa sahaja bantuan, semuanya sedang disediakan oleh jentera UMNO/BNdengan kadar segera.

Bagi pihak Pakatan Rakyat pula, selepas ini tak perlulah dalam kempen-kempen atau ceramah politik kita nak bangkitkan kononnya bantuan-bantuan tersebut hanya datang seketika sahaja, lepas pilihanraya semuanya ghaib. rakyat tempatan tidak peduli itu semuanya. sekejap atau lama bantuan yang datang, yang pastinya mereka menerima semua bantuan tersebut. apa yang Pakatan Rakyat beri..? sekadar ceramah sahaja..? selesaikah masalah rakyat dengan ceramah..? tepuk dada, tanya pimpinan..!

Sekadar peringatan... kalau tiada apa-apa tindakan atau pendekatan yang diambil oleh Pakatan Rakyat untuk mempertahankan DUN Galas, maka bersedialah untuk menghadapi kekalahan sulung di Semenanjung Malaysia sekiranya berlaku pilihanraya kecil di Galas. Pakatan Rakyat dalam keadaan serba kekurangan manakala lawan kita (UMNO/BN) mempunyai segala kekuatan yang diperlukan baik logistik, materialistik, tenaga kerja malah semua jentera berada dibawah kekuasaan mereka (UMNO/BN).

Cukup kuatkah sokongan kepada PAS di Galas atau bersediakah kita untuk kalah..?

-Perisik Rakyat

0 comments