http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Betoi ka Najib kata ni? Ke nak cari Talian Hayat?

Posted by Love Perak | Friday, July 31, 2009 | 0 comments »

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada umumnya sebahagian besar daripada rakyat Malaysia dan umat Islam di negara ini berpendirian dan berpendapat bahawa Umno dan PAS wajar mengadakan perbincangan.

"Pendirian Umno daripada awal, Umno mahu pada usaha yang boleh mendatangkan kebaikan. Oleh itu, apa-apa perbincangan yang membawa kemajuan umat Islam dan rakyat Malaysia, adalah diterima baik.

"Apa yang berlaku selepas ini, terpulang kepada keadaan. Kita tetap dengan prinsip, kita konsisten dan tetap dengan pendirian sedemikian," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini.

Ditanya Umno nampaknya terlalu berharap pada PAS, Najib menjawab: "Tidak, tidak, Umno tidak terasa tertekan sehingga terpaksa melakukan usaha untuk mencari titik pertemuan, seperti pembentukan kerajaan campuran dan sebagainya.

"Tetapi yang kita pentingkan pendekatan ke arah menyelesaikan masalah di kalangan umat Islam yang boleh mendatang kebaikan," katanya.

"Apa juga bentuk yang membawa kepada perubahan struktur, ini soal kedua, tetapi apa-apa yang boleh membawa kepada kepentingan umat Islam, penyatuan ummah dan perpaduan rakyat Malaysia, perkara-perkara yang baik kita akan teruskan," tambahnya.

Isu cadangan perbincangan kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS menjadi tajuk hangat, termasuk di kalangan pemimpin PAS, khususnya Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, membantah keras cadangan tersebut.

Isu tersebut kemudian reda selepas majlis Pakatan Rakyat memutuskan untuk menolak sebarang perundingan dengan Umno.

Bagaimanapun, isu itu timbul semula selepas kenyataan Nik Aziz didakwa telah diputarbelit oleh pihak media yang memberi gambaran yang PAS sedia berbincang dan bekerjasama dengan Umno.

bagaimanapun, Nik Aziz yang juga menteri besar kelantan menafikan perkara itu dan menjelaskan apa yang dimaksudkan beliau ialah kerjasama antara kerajaan Kelantan pimpinan PAS dengan kerajaan pusat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJ6dRc2LPdH7ZFJqtJ1swfKoYU8uqtsISRIGw-zWS3USTvI-3jPllbYYq_sycwJ8ngpksp4IQblb8nTdtwSik5mNajqqcj_C3X62Qjz6PT89OgsthDLxKkNVU5bkkJicpc5a0EOj4J64M/s400/pas-umno1.gif

LovePerak : kah kah...kesian2...pas..oo pas...mana dikau...mai la tolong kami...kami nak mati dah ni...nazak dah...kah kah

0 comments