http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Seorang pelajar Universiti Malaya didakwa diugut dengan pistol polis sewaktu disiasat di balai Brickfields kes contengan "bini puaka" dan cubaan membakar di sebuah dewan kuliah, hujung bulan lalu.

Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli yang dituduh bersama rakannya Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini akan dibicarakan 7 Disember depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beberapa kumpulan mahasiswa akan membuat aduan berhubung perkara itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) jam 10 pagi esok.

Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) Hilman Idham berkata, kedua-dua tertuduh kes tersebut dijangka turut serta membuat laporan.

-malaysiakini

0 comments