http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

"BENTONG: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mahu generasi muda dalam Pas bangkit dengan berani menyuarakan pendirian mereka terhadap perlakuan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Katanya, tindakan Menteri Besar Kelantan itu mengeluarkan kata-kata kesat kepada Umno jelas tidak membawa penyelesaian, malah dilabelkan sebagai cara politik songsang yang jelas bertentangan dengan pendirian pemimpin itu sebelum ini.

“Ada baiknya Pemuda Pas yang bersedia berwacana dengan Umno meluahkan pendirian masing-masing... tukarlah pemimpin mereka dan carilah apa jalan sekali pun untuk menolak kepemimpinan Tok Guru daripada terus menerajui parti itu.

“Apa yang berlaku pada pilihan raya kecil di Manek Urai baru-baru ini jelas menggambarkan rakyat di negeri itu mahukan pembangunan dan pada masa sama mereka inginkan pemimpin berwibawa dan bersopan santun,” katanya selepas merasmikan Program e-Pembelajaran Maxis-Berita Harian, di sini, semalam.

Katanya, negara memerlukan budaya politik baru yang mana semua pihak boleh berbincang, bermuafakat dan bertolak ansur dan pendekatan itu penting bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia.

LovePerak : Beginilah pimpinan Umno yang membenci seorang ulama'. Ulama2 seperti inilah yang menunjukkan jalan yang benar di akhir zaman yang semakin gelap ini. Oi, bukan orang tolak Tok Guru, orang akan tolak hang tu tau tak!!! bodoh punya statement!!

3 comments

  1. Na'im Nikmat // July 30, 2009 at 6:37 PM  

    Dasar UMNO..........

  2. Anonymous // July 30, 2009 at 6:55 PM  

    salam tuan,

    selain sahabat2 nabi yang confirm masuk syurga adakah jaminan dari tuan untuk tg nik aziz masuk syurga?

  3. Anonymous // July 30, 2009 at 7:04 PM  

    Sudahlah tharieq dhiyauddin!
    Kalau dah bahlol tu tetap dengan kebahlooolannya.Adakah dibandingkan Nik Aziz ngan para sahabat nabi.Bila kata tolol marah...
    Sekurang-kurangnya Nik Aziz mengajar ke rah kebaikan...... bukan macam pencacai umno niiii