http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Konspirasi Kes Anwar Semakin Jelas

Posted by Love Perak | Friday, July 24, 2009 | 0 comments »

Sekarang tanda2 wujudnya konspirasi semakin jelas. Mahkamah telah membuat keputusan hari ini dengan membenarkan pihak pendakwaraya menagguhkan lagi perbicaraan bagi memberi ruang kepada mereka untuk kemukakan bukti yang telah dituntut oleh pihak peguam DSAI. Mahkamah Tinggi telah menetapkan 2 September depan untuk tarikh sebutan permohonan DSAI bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya dan perbicaraan utama kes berkenaan.

Ini jelas menunjukkan bahawa semua bukti2 yang di minta oleh pihak pembelaan masih lagi tidak dapat di kemukakan kerana memang tidak ada dalam simpanan pihak pendakwaraya. Sekiranya ada, sudah pasti mereka (pendakwaraya) dengan 'pantas' akan kemukakannya.

Dalam prosiding hari ini pihak pembelaan telah memberikan afidavit jawapan berhubung permohonan pihak pendakwa untuk menangguhkan pelaksanaan terhadap perintah untuk menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada pihak pembelaan.

Peguam pembela, Amer Hamzah Arshad dalam hujahannya berkata mahkamah tidak boleh menyekat hak yang telah diperuntukkan oleh undang2 agar pihaknya dibekalkan dengan dokumen yang berkaitan sebelum perbicaraan bermula.

Bagaiamnapun hakim berkata, tidak ada mana2 pihak yang akan menyekat hak pihak pembela itu memandangkan beliau sendiri yang mengarahkan pihak pendakwa membekalkan dokumen2 berkenaan. Sama ada Mahkamah Rayuan menerima rayuan pihak pendakwa dan sekaligus membatalkan keputusan beliau pada 16 Julai lalu kita belum ketahui.

0 comments