http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Hadiah Kemenangan di Tenang, Ron97 Naik lagi Malam ini

Posted by Love Perak | Monday, January 31, 2011 | 0 comments »

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).


Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.


Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.


Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.


Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.
Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.


Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.


Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

Najib Mengadu Kepada Arab Saudi Untuk Siasat Anwar?

Posted by Love Perak | Friday, January 28, 2011 | 0 comments »

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu telah dilaporkan memberi tekanan kepada Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menerima dana dari negara teluk untuk kempen pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut stesen berita antarabangsa, CNN - yang telah melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu - menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayai Anwar.

azlanNajib didakwa mengadu kepada kerajaan Arab Saudi, kononnya dua putera kanan negara itu terbabit dengan pemberian dana berkenaan.

"Tidak ada bukti pegawai Saudi yang pernah menyokong Anwar Ibrahim" dan "dakwaan sokongan dari keluarga diraja Saudi yang disebutkan dalam laporan awal [nama diubah] adalah tanpa asas,” kata CNN yang membuat ringkasan daripada sembilan mukasurat laporan rahsia berkenaan.

Tidak terkejut

Dalam reaksi segera, Anwar berkata tindakan itu menunjukkan bahawa Najib takut berdepan dengannya menjelang pilihan raya umum, yang dijangka akan diadakan pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pada tahun 2012.

NONE"Saya tidak terkejut bahawa perdana menteri akan pergi sejauh luar negara, bukan untuk tujuan menarik pelaburan asing, tetapi sanggup singgah untuk memfitnah saya," kata Anwar mengulas laporan CNN itu.

Katanya, Najib begitu gentar dengan Pakatan Rakyat sehinggakan tidak berani menyahut cabarannya untuk berdebat secara terbuka mengenai dasar ekonomi negara.

"Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Dato' Seri Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah," katanya.
Najib takut
azlanMenurut Anwar lagi, kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Najib.

"Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat. Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.”
Anwar sebelum ini telah dituduh oleh musuh-musuhnya mempunyai hubungan dengan badan pemikir Institute of Islamic Thought (IIIT) yang berpangkalan di Amerika. Pertubuhan itu juga dengan pertubuhan Muslim Brotherhood atau Muslim Ikhwanul yang didakwa membiayai rangkaian pengganas di seluruh dunia.

Anwar pernah menjadi ahli lembaga pengarah IIIT. Pertubuhan ini pernah diserbu dan digelidah oleh oleh FBI pada tahun 2002 kerana disyaki membiayai rangkaian pengganas, tetapi tidak ada dakwaan yang dikenakan ke atas mereka.

al qaeda fighterMenurut CNN, sebaliknya siasatan yang dijalankan kerajaan Arab Saudi menjumpai "sesuatu yang sangat berbeza - dan lebih membimbangkan".

Mereka menemui ratusan dolar wang Saudi yang telah disalurkan kepada ahli politik Islam yang terkemuka dan aktivis politik luar negeri, kata CNN.

"Ia juga mendapati bahawa al-Qaeda danTaliban masih boleh menggunakan Arab Saudi untuk penggalangan dana, walau pelbagai tindakan diambil bagi menyekat aliran tunai berkenaan.”

Bukti APCO Zionis Dan Anti-Islam

Posted by Love Perak | Friday, January 28, 2011 | 0 comments »


Dari Blog Kerajaan Rakyat
Laman web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan “strategi komunikasi” dan “membina imej” negara.
Stein_Shimon_fl.gif
Shimon Stein
Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel – Shimon Stein(bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) – serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.
Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.
Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dandibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata – mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada satu individu.ASERO merupakan sebuah syarikat adik-beradik kepada APCO yangberkait rapat secara terbuka dengan APCO dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Doron Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama ASERO adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet – David HarelOded Raz, dan Gadi Kalai.
Selain itu, Naib Presiden ASERO Carl Truscott, dan penasihat ASERO,Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.
APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth – anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-duaAPCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.
Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?
Dengan pengupahan APCO, pengaruh Zionis, penyeksa serta mereka yang handal menyalahgunakan kuasa kerajaan kini telah dibenarkan menentukan hala tuju negara, serta kini mempunyai akses kepada semua peringkat kerajaan – termasuk maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Tidak membimbangkan ke, Ketua Kewangan ASERO, Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?
Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah Malaysia kini dibukakan? Di antara pemimpin ASERO satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng – seorang bekas polis Singapura.
Apakah Perdana Menteri Najib sanggup menggadai masa depan dan kedaulatan negara hanya demi mereliasasikan cita-cita politiknya?
APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.
Jonathan Winer merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.
Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.
Siapa sebenarnya di merata dunia yang sanggup mengupah syarikat yang dipimpin oleh mereka yang berusaha menentang Islam dan menyemai kebencian?
Klien-klien dan bekas klien APCO termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa presiden Nigeria. Jeneral Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.
Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupkan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.
Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakanmembiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.
Beginilah senarai pemimpin yang kini disertai oleh Perdana Menteri Najib, yang seandainya tidak mengenal malu.
Adakah ini sebuah pengakuan diam bahawa Perdana Menteri mempunyai beberapa kesamaan dengan pemimpin-pemimpin yang dituduh berasuah dalam negara kaya dengan minyak, gagal menghentikan konflik perkauman, serta mengakibatkan kematian?
Keputusan Perdana Menteri untuk membuka Malaysia kepada pengaruh Zionis dan anti-Islam serta berganding bahu dengan para perasuah yang paling parah di dunia harus dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.
Sekiranya Perdana Menteri masih berdegil dengan mengekalkan kontrak APCO ini, maka tergadailah negara dan terjejas keselamatan serta maruah kita semua. Kita hanya boleh harap kita masih belum terlambat.
Berikut adalah senarai beberapa sumber maklumat untuk artikel ini:

Apa Zambry Merapu?

Posted by Love Perak | Thursday, January 27, 2011 | 1 comments »

IPOH, 25 Jan - Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria hari ini membidas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir di atas kenyataan beliau yang menuduh para ulama’ sebagai penyebar fitnah.

“Ulama’ berperanan menyampaikan kebenaran dan keadilan agama Islam, bukan penyebar fitnah”, beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zambry yang menuduh pihak tertentu yang mendakwa sebagai para ulama’ telah menyebarkan fitnah.

“Para ulama’ mempunyai ilmu dan bercakap berdasarkan ilmu, sebagai contoh sekiranya ada perbuatan pemimpin yang boleh membawa kepada amalan syirik dan khurafat tentulah para ulama’ menegur dan menyatakan kebenaran. Kalau ulama’ mendiamkan kemungkaran bererti ulama’ menjadi seperti syaitan bisu”, jelas beliau

Beliau juga menyatakan bahawa PAS selama ini telah berjaya melahirkan ulama’ yang dapat memimpin masyarakat dengan segala pendekatan tarbiyyah dan mampu melahirkan individu yang bertaqwa kepada Allah SWT.

"Inilah perbezaan yang jelas antara PAS dan Umno. Umno jelas-jelas mengenepikan peranan ulama’ dalam parti mereka, orang yang ada ilmu agama dalam Umno terpaksa bersetuju walaupun tindakan kerajaan menyalahi hukum agama seperti cadangan hub hiburan malam melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP)”, tegas beliau.

Menurut beliau, ulama’ di dalam PAS memimpin parti dan mendidik masyarakat dengan tarbiyyah Islamiyyah dan menerangkan perihal hukum halal haram supaya masyarakat bertaqwa kepada Allah SWT.

“Golongan ulama’ mampu memberi tunjuk ajar dan nasihat, perkara ini tidak berlaku dalam Umno dimana ulama’-ulama’nya hanya mengikut telunjuk pemimpin dan kepentingan politik mereka," ujar beliau.

Memetik ucapan beliau, “ Masalah antara Umno dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah negara Malaysia, sama ada dari sudut pentadbirannya, kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W Pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara.

Beliau menyatakan bahawa, PAS mempunyai agenda besar dalam perjuangannya dan tidak sesekali terpengaruh dengan perjuangan nasionalis-sekular Umno, justeru Umno akan terus ditentang selagi parti itu mempertahankan dasar kebangsaan atau assobiyyah.

“Perjuangan PAS bukan menentang peribadi, tetapi menentang dasar Umno. Siapa sahaja yang memimpin Umno, PAS akan tentang selagi ia mempertahankan dasar Umno yang membawa perkara mungkar dan mengkhianat amanah negara dan rakyat. PAS tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan Umno parti yang tidak betul,” katanya. 

Najib??? Macamana Ni???

Posted by Love Perak | Wednesday, January 26, 2011 | 0 comments »

Oleh: WFAUZDIN NS
BERSUNGGUHKAH Najib mahu `londeh'kan Anwar sekaligus untuk membuat Ketua Umum PKR itu demam jika berdebat dengannya? Atau, Najib sekadar meneruskan sikap penipunya kepada rakyat terutamanya kepada pengundi-pengundi di Tenang? Saya rasa semua orang samada dari Umno mahu pun Pembangkang ingin sekali melihat Anwar `demam' dan di`telanjang'kan oleh Najib. Masalahnya, mampu atau beranikah Najib berdarah Pahang ini?

Anwar ketika mengulas kenyataan Najib, beliau bersedia untuk berdepan dengan Najib dari segi ekonomi sehinggalah ke hal peribadi masing-masing.

NONENamun katanya, jika Najib berterusan menyerangnya secara peribadi, beliau sanggup berdepan dengannya.

"Beliau tidak tolak cadangan saya (untuk berdebat) tetapi kata saya akan demam atau sakit, dan bercakap mengenai melondehkan Anwar... saya tidak mahu melayan isu peribadi ini, saya mahu membincangkan ekonomi.

"Tetapi jika beliau mahu meneruskan, saya memang bersedia, malah termasuk membincangkan kes liwat. Saya boleh jawab dan saya juga mahu timbulkan isu rasuah, pembunuhan, mencuri isteri orang lain, Port Dickson, - semua itu boleh dibawa dan dibincangkan juga,” kata Anwar (Malaysiakini).

Bayangkan, jika Anwar sanggup berdepan dengan Najib walaupun berkaitan dengan kes liwatnya yang Najib kununnya tahu banyak perkara, dan Najib masih `malu-malu' untuk berdebat, maka kita boleh nilai sendiri kredibiliti Najib. Kita tahu ramai pencacai-pencacai dalam Umno dan di luar Umno yang mahu cari makan tidak mahu sungguh Najib berdebat dengan Anwar. Mereka adalah seperti Ezam sesumpah, KJ, Rais Yatim termasuk juga `firaun besar' Zul Kulim.

Mengapa mereka bimbang sangat jika Najib berdebat dengan Anwar? Bukankah yang pasti `demam' dan `terlondeh' nanti adalah Anwar? Atau, sebenarnya mereka tahu siapa sebenarnya yang bakal `demam' atau `pitam' di atas pentas perdebatan itu nanti. Anwar telah memberikan pengajaran yang amat berguna kepada pemimpin Umno sewaktu beliau berdebat dengan Shabery Chik. Malang buat Shabery ketika itu kerana mungkin beliau terlupa membawa `tisu atau sapu tangan' untuk mengesat air liurnya.

Percayalah, atas apa jua isu Najib tidak akan ada keberanian untuk berdebat dengan Anwar. Beliau hanya berani bercakap seorang diri di depan kamera TV dan di akhbar pencacai sahaja. Malang sungguh ahli-ahli Umno kerana Presiden mereka sendiri tidak sangup untuk menghunus dan bertempur mengunakan `keris telanjang Umno' itu. Keris tersebut hanya layak dicium dan dijulang atas pentas Umno dan PERKASA sahaja./wfauzdin.blogspot.com

Berita Sedih Setiausaha UMNO

Posted by Love Perak | Tuesday, January 25, 2011 | 1 comments »

PM lupa ziarah jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang
Harakahdaily


LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

(GambarCikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid Felda Tenang tengahari semalam.)
Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak  jam 10 pagi, ia  tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.

Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.

Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu.

Ok Tak ?
Ini Ok ke?
Calon PAS, Normala....Tak ok kot !!
Oleh: WFAUZDIN NS
ADAKAH Normala Sudirman calon PAS di PRK Dun Tenang akan menjual maruah diri dan agamanya hanya kerana mahukan undi dari pilihanraya ini nanti? Beliau kini digasak begitu hebat oleh puak-puak sekutu Apco yang mengaku Islam dan juga puak-puak sekutu Apco yang Non Muslim di dalam kempen di Tenang sekarang.

Tuduhan `zina' ke atas Normala bebas diperkatakan melalui blog pro sekutu Apco Yahudi Laknatullah ini. Memang itu ajaran Apco jika inginkan sesuatu kejayaan hendaklah berani melakukan fitnah dan mencipta pembohongan. Jika mahukan undi, kamu mesti tentang mereka habis-habisan walaupun terpaksa menghina ugama kamu sendiri. Inilah yang berlaku di Tenang sekarang. PAS terpaksa hadapi ini semua dengan dibantu oleh sekutunya dari PKR dan DAP.

Puak sekutu Apco itu amat tidak senang sekali apabila melihat calon PAS Normala mempertahankan hukum Islam dengan tidak bersalam dengan lelaki yang bukan Muhrimnya. Mereka lebih senang bersekongkol atau bersetuju dengan pemimpin yang pernah melakukan aksi lucah dan berzina di hadapan kamera, dan pemimpin yang digelar `Bintang Porno' ini lah yang memperlekehkan hukum Islam. Itulah yang diajar oleh Apco Yahudi Laknatullah.

Saya tidak tahu sejauh mana keimanan penganut-penganut ugama Islam di kawasan Dun Tenang. Mereka kini berhadapan dengan dugaan yang amat berat iaitu memilih di antara menyelamatkan agama Islam atau memungut umpan dan habuan duniawi yang ditaburkan oleh sekutu Apco. Saya pun tidak pasti sampai bila orang-orang Melayu yang berada di Dun Tenang masih sanggup dibuli dan dicucuk hidung mereka seolah-olah Allah tidak menganugerahkan mereka untuk berfikir.

Memang benar, sekarang mereka boleh bermewah dengan apa yang mereka perolehi terutamanya para Peneroka Felda. Tidakkah mereka bimbang nikmat yang mereka perolehi ini nanti akan hilang dan akan digantikan dengan kesengsaraan akibat tindakan mereka bersekutu dengan penghina Islam ini? Fikir-fikirkan lah sebelum terlambat. Mengejar habuan dunia jangan sampai menentang perjuangan Islam. /wfauzdin.blogspot.com

Pilihanraya Serentak Beri Kelebihan Kepada Pakatan - Anwar

Posted by Love Perak | Monday, January 24, 2011 | 0 comments »

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan keyakinan pilihan raya umum yang diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak akan memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang.

Ini kerana katanya, jentera pilihan raya BN terpaksa mengagihkan kekuatan mereka sekali gus memberi ruang kepada pakatan pembangkang.

"Kita parah kalau pilihan raya kecil kerana seluruh jentera itu (BN) tertumpu ke situ, tetapi kalau pilihan raya umum, dia (BN) kena jaga semua," katanya kepada pemberita, di Kuala Lumpur hari ini.

Pandangan Anwar itu bertentangan dengan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng yang dilapor berkata pilihan raya serentak memberi kelebihan kepada BN khususnya daripada segi kempen.

Cadangan pilihan raya serentak itu dicetuskan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Talib Mahmud yang dilapor media sebagai mahu berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenainya.

Mengulas lanjut, Penasihat PKR itu juga berkata pakatan PKR-DAP-PAS sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan tersebut.

"Kita sudah bersiap sedia (dengan mewujudkan) team media, pembahagian kerusi juga sudah mulakan team mereka, tetapi kita beri banyak kuasa kepada negeri-negeri untuk berbincang di peringkat negeri," kata Anwar.

Ayuh Najib, Kita tengok siapa terlondeh! - Anwar

Posted by Love Perak | Sunday, January 23, 2011 | 0 comments »

LABIS 23 JAN : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Najib Razak agar tidak menyerang isu peribadi seraya tidak teragak untuk berdebat mengenai perkara itu dengan Perdana Menteri Malaysia sekiranya terus mendesak.

Beliau berkata Najib masih belum menerima pelawaannya untuk berdebat tentang ekonomi berdasarkan 'Buku Jingga' Pakatan Rakyat sebaliknya menperlekeh isu peribadi beliau.

Anwar yang turun ke Labis-Tenang dalam kempen Pilihanraya Kecil DUN itu berpendapat Najib seharusnya menyahut cabaran debat beliau agar rakyat terdedah dengan maklumat daripada pihak pembangkang seraya mampu menilai keberkesanannya.


Tambahnya, fokus tertumpu kepada pendekatan alternatif Pakatan Rakyat yang boleh memberi ruang masyarakat untuk membandingi dengan program kerajaan.

"Demam pun saya mampu debat, tapi tajuk ekonomi. Datuk Najib tidak mahu debat ekonomi, mahu tajuk peribadi, tidak mengapa boleh. Tajuk pertama ekonomi, tajuk kedua peribadi. Dia (Najib) kata Anwar ini akhlak rendah peliwat, tidak mengapa bawa bukti. Saya akan menyebut rampas bini orang, rasuah RM500 juta, pembunuhan Altantuya, jawab. Saya tidak mahu tanya, sila jawab. Mahu tengok siapa yang kena londeh," tegas beliau dalam ceramahnya di Felda Tenang malam tadi.

Katanya, tuduhan Najib Razak mengatakan bahawa negara akan muflis sekiranya pelaksanaan program 100 Hari Pakatan Rakyat tidak dapat diketahui sekiranya beliau tidak diberi peluang untuk menjelaskan.


Antara reformasi yang dijanjikan PR adalah memberi insentif tambahan berjumlah RM500 kepada tenaga pendidik di negara ini selain bercadang untuk menurunkan harga minyak dan memansuhkan tol.

"Kalau kita (PR) rancang buat banyak-banyak dalam masa 5 tahun, orang tidak cukup yakin. Dalam masa 100 hari kita hendak buat. Ini yang kita umum Buku Jingga," jelas beliau.

Dalam pada itu, Anwar memberitahu laporan daripada badan antarabangsa Integriti Kewangan Global (GFI) menyatakan pemindahan dana haram ke luar negara melebihi RM200 bilion.

Tegasnya, wang ini adalah datang daripada rasuah dan lari cukai oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional kini selain berpendapat ini merupakan sebahagian daripada punca negara akan muflis sekiranya dibiarkan berterusan.

Barua Harami Pornstar Menghina Hukum Islam!

Posted by Love Perak | Friday, January 21, 2011 | 2 comments »

Oleh: WFAUZDIN NS

BENARKAH `pelakon lucah' ini menghina hukum Islam sewaktu berkempen di Tenang? Kata Chua Soi Lek sepertimana yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini, " Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS,"

Terjemahan lebih kurang begini “ Normala (calon PAS) tidak akan datang ke kuil ini, dia tidak akan berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang perkara ini, Dia seperti isteri Anwar Ibrahim.. Dia memakai sarung tangan jika hendak berjabat tangan, jika anda semua boleh menerima nilai-nilai Islam sebegini, teruskan dan undilah PAS.” Sepenuhnya sila baca di SINI.

Begitu sekali pandangan seorang Presiden MCA terhadap hukum Islam? Mana suara yang selalu terpekik terlolong menyalak bagai anjing yang kununnya hebat sangat membela Islam? Mana PERKASA? PEWARIS? PEKIDA ? Pemuda Umno? Di mana suara Jamil Khir? Harussani ? Bisu semuakah? Atau, kerana `pelakon lucah' itu pemimpin Komponen Bn?

Kerusi Dun Tenang kamu kata kamu boleh menang dengan mudah. Muhyiddin kata mahu tambah majoriti berlipat kali ganda sehingga mencapai 5000 majoriti. Tetapi, mengapa setara ini kamu benarkan pemimpin kurang ajar ini berkempen? 

Saya tidak tahu lah jika pengundi-pengundi Islam di Tenang khususnya masih lagi memberi undi kepada puak-puak ini. Nampak sangat mereka gilakan habuan dunia sehingga sanggup bersekongkol dengan pemimpin seperti ini. Kalau benarlah seperti yang dilaporkan oleh berita tersebut, pemimpin ini patut diludah mukanya./wfauzdin.blogspot.com

MCA sekali lagi cuba menakut-nakutkan masyarakat Cina dengan agenda penubuhan negara Islam oleh PAS, tetapi kali ini dengan mengheret DAP sekali.

Dalam risalah kempennya pada pilihan raya kecil di Tenang, MCA mendakwa DAP terlalu menunduk kepada PAS dan menyokong agenda penubuhan negara Islam yang dipelopori oleh PAS.

NONERisalah itu, antaranya memaparkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi songkok kepada pemimpin veteran Lim Kit Siang yang menerimanya dengan bangga.

Tajuk yang tertera, "Saya tidak bantah awak jadi timbalan perdana menteri saya, tetapi hanya jika awak seorang Muslim.”

Satu lagi risalah lain adalah paparan keratan akhbar Cina yang melaporkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pilihan Pakatan Rakyat jika mereka berkuasa kerana beliau lebih layak daripada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Hidup negara Islam!" tertera di risalah itu.

NONEKempen MCA di Tenang setakat ini tertumpu dengan bidasan demi bidasan terhadap agenda PAS menubuhkan negara Islam.

Malah, presiden parti Cina itu, Datuk Seri Chua Soi Lek juga mengeksploitasikan isu berkenaan dengan mendakwa calon PAS Normala Sudirman enggan berjaba tangan dan bersalam dengan penduduk bukan Islam di Tenang.

Satu lagi strategi yang digunakan ialah paparan 12 perwakilan Pakatan Rakyat yang telah berpaling tadah dan dua bekas pemimpin yang meninggalkan parti masing-masing.

MCA kerja keras

Sementara itu, Bendahari Agung MCA, Datuk Seri Tan Chai Ho, berkata beliau yakin pengundi kawasan itu akan menyokong BN, lebih-lebih lagi memandangkan Chua adalah bekas ahli parlimen Labis.

NONEKatanya, MCA akan bekerja keras untuk memastikan pengundi di Tenang mengundi calon BN pada pilihan raya kecil DUN itu pada 30 Januari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Pendidikan kepada Kelab Kok Kuen Kepong untuk disalurkan kepada 135 pelajar sekolah rendah dari sembilan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Kepong di Kuala Lumpur hari ini.

Tan mewakili Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong yang tidak dapat menghadiri majlis itu.

Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang akan diadakan esok dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 30 Januari. 

Rakyat S'gor berkumpul ikrar sokong Sultan, MB

Posted by Love Perak | Friday, January 21, 2011 | 0 comments »

Lebih 100 orang (betul ke 100 je?) hari ini berhimpun di luar perkarangan Masjid Diraja Sultan Suleiman, Kampung Raja, Klang selepas selesai sembahyang Jumaat bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada sultan Selangor, menteri besar dan pentadbiran Pakatan Rakyat.

NONESambil melaungkan "Daulat Tuanku", "Hidup Rakyat" dan "Hidup Pakatan" , mereka menyatakan sokongan terbuka kepada Sultan Selangor Sultan dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kumpulan tersebut merancang untuk menyerahkan ikrar taat setia kepada sultan Selangor dan memorandum menyatakan sokongan mereka dan menolak campur tangan pihak luar ke atas pentadbiran Selangor kepada baginda di Istana Shah Alam di Klang yang terletak kira-kira empat kilometer dari masjid berkenaan.

Namun begitu, ketika mereka cuba berarak, mereka dihalang oleh kira-kira 50 anggota polis yang telah berkawal dan membuat sekatan.

NONEAkibatnya berlaku tolak menolak.

Kedua-dua pihak kemudiannya berunding dan pihak polis bersetuju membenarkan 10 orang perwakilan kumpulan itu ke Istana Klang.

Memorandum rakyat Selangor ini bertujuan menyatakan ikrar taat setia dan kasih sayang rakyat kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Ia juga bagi menyatakan bahawa rakyat Selangor berusaha sedaya upaya mempertahankan institusi raja selaras dengan prinsip Raja Berpelembagaan.
Antara mereka yang dibenarkan terus ke istana adalah ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman dan ketua pemuda PKR, Samsul Iskandar Md Akin. Mereka disertai oleh ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menunggu di pagar istana.

Tiada tangkapan dilaporkan dan kumpulan itu bersurai kira-kira sejam kemudian.

Pelajar Cedera Dihempap Batu Besar di Broga Hill

Posted by Love Perak | Friday, January 21, 2011 | 0 comments »

Pelajar dihempap batu cedera parah

Keghairahan seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam menawan puncak Bukit Broga di Semenyih, Selangor hari ini, bertukar menjadi pengalaman pahit setelah beliau cedera parah akibat dihempap seketul batu besar.

Norhanani Shahim, 22, yang menyertai sekumpulan 15 penuntut universiti itu memulakan pendakian kira-kira pukul 8 pagi tadi dan tiba-tiba "hilang" daripada kumpulan ekspedisi itu.

Seorang anggota kumpulan ekspedisi itu, Mohd Khairul Nazmi Zubairu, 22, menemui Norhanani dalam keadaan tertiarap di kawasan lereng bukit Bukit A, Bukit Broga dengan seketul batu besar berada di atas belakangnya selepas lebih dua jam mencari mangsa.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ketika dihubungi berkata Mohd Khairul telah menghubungi JPAM Kajang, Selangor meminta bantuan untuk mengalihkan batu tersebut memandangkan beliau dan rakan-rakanya tidak berdaya mengangkat batu itu.

Sepasukan penyelamat JPAM, bomba dan dua pembantu perubatan dari Hospital Kajang tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 11 pagi dan berjaya mengangkat batu itu dari badan mangsa.

Jurucakap JPAM itu berkata Norhanani yang berkeadaan lemah ketika ditemui memberitahu rakannya bahawa beliau telah terjatuh sebelum batu menghempap belakang badannya.

Mangsa yang dipercayai cedera serius di bahagian tulang belakangnya akibat insiden itu kini dirawat di Hospital Kajang.

Pakatan Rakyat jumpa SPR 24 Januari

Posted by Love Perak | Thursday, January 20, 2011 | 0 comments »

15 Safar 1432H.
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan khas dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 24 Januari ini di ibu pejabat SPR di Putrajaya, jam 3 petang, bagi membincangkan lima perkara penting.

Perkara-perkara yang akan dibincangkan itu termasuklah cadangan undi proksi oleh SPR, persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi kerusi Parlimen dan Dun, isu-isu lalu yang belum selesai termasuk undi pos dan pendaftaran pemilih.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menjelaskan, selain itu, dalam pertemuan itu juga akan turut dibincangkan tentang penubuhan kem askar wataniah seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi dan peraturan-peraturan baru bagi perjalanan pilihanraya yang akan diperkenalkan oleh SPR.

Menurut beliau, perkara-perkara itu perlu dibincangkan bagi melahirkan perjalanan pilihanraya yang telus, adil dan bebas menepati prinsip demokrasi yang diamalkan di negara kita.

"Pertemuan itu adalah susulan dari surat yang telah saya hantar kepada SPR pada 17 Januari lalu bagi mewakili Pakatan Rakyat. Surat saya itu telah dijawab oleh SPR dan pertemuan itu pula tetap ditetapkan sendiri oleh pihak SPR pada hari dan waktu itu," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP akan diwakili 2 orang wakil setiap parti, manakala PAS akan diwakili oleh beliau sendiri dan Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Perbincangan tentang undi proksi seperti yang dicadangkan oleh SPR, katanya, perlu diadakan kerana ia dilihat boleh mengganggu perjalanan pilihan raya yang telus, adil dan bebas seperti yang kita ingini dan disebut oleh SPR sendiri.

"Undi adalah rahsia. Tapi bila buat proksi atau wakil, ia tidak lagi menjadi rahsia. Selain itu, proksi itu pula mungkin bukan orang sebenar, tetapi yang menerima upah. Dibimbangi juga kalau-kalau undi proksi itu pengundi hantu. Jadi, banyak pihak yang tak senang dengan cadangan untuk adakan undi proksi.

"Bagi pihak Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat sememangnya menolak undi proksi kerana ia sebenarnya bercanggah dengan demokrasi," katanya.

Perbincangan tentang persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi kerusi Parlimen dan Dun, menurut beliau, perlu diadakan kerana persempadanan semula kawasan pilihanraya sudah lama tidak diadakan iaitu sejak tahun 2003, terutama bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.

"Sedangkan mengikut peraturan, persempadanan semula patut dilakukan sehingga tempoh 8 tahun. Jadi, ini merupakan suatu perkara penting yang perlu diambil tindakan oleh SPR yang akan turut kami bangkitkan dalam pertemuan itu nanti," jelasnya.

Menyentuh tentang isu-isu lalu yang belum selesai, antara lain, beliau akan memberikan pandangan kepada SPR agar pihak SPR melakukan pendaftaran secara langsung terhadap pemilih, dengan kaedah perhubungan langsung antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Dengan cara itu bukanlah bermaksud memaksa orang mengundi, tetapi memudahkan mereka mengundi kerana dapat mengatasi masalah para pengundi yang berkelayakan menjadi pengundi tercicir dari daftar pemilih.

Katanya, perbincangan tentang cadangan Datuk Zahid untuk menubuhkan kem askar wataniah pula perlu dilakukan bagi mengelakkan parti pembangkang menjadi mangsa.

"Ini kerana kewujudan kem itu mungkin akan turut melahirkan undi pos yang lazimnya menguntungkan BN sendiri," tegasnya.

Kini, jelas beliau, turut kedengaran cadangan dari SPR untuk melaksanakan beberapa peraturan baru bagi pilihanraya termasuk pada pilihanraya kecil Dun Tenang 30 Januari ini.

"Kita ingin tahu apakah peraturan-peraturan baru yang ingin diperkenalkan oleh SPR itu. Dengan itu bolehlah kita bincangkan dengan lebih jauh untuk kepentingan semua pihak," katanya.

Celaka - UMNO Sabotaj!

Posted by Love Perak | Wednesday, January 19, 2011 | 0 comments »

Oleh : Anak Sungai Derhaka

Ketika berucap dalam satu majlis pelancaran perkhidmatan bas "CENTRAL AREA TRANSIT" (CAT) dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Discover Penang & Win Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengumumkan akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma dari Seberang Jaya ke Pulau Pinang uat warga Pulau Pinang.

Sebanyak tiga buah bas RapidPenang yang dikenali sebagai Bas CAT disediakan oleh Kerajaan Negeri secara percuma dengan Kerajaan Negeri di bawah MPPP menanggung kos sebanyak RM50,000 sebulan atau RM600,000 setahun dan selebihnya diuruskan oleh RapidPenang.


Dengan penyediaan Bas CAT ini, Kerajaan Negeri berharap dapat mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dalam kawasan pusat bandar malah, ianya sekaligus akan menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam.

Tiba-tiba hari ini Bernama melaporkan Syarikat konsesi Jambatan Pulau Pinang Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) telah memansuhkan diskaun kadar tol sebanyak 50 peratus kepada semua jenis bas bermula Sabtu lalu.

Dengan pemansuhan diskaun itu pasti subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri akan meningkat.

Adakah ini satu tindakan sabotaj oleh UMNO terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui syarikat miliknya iaitu UEM yang menguasai Syarikat konsesi Jambatan Pulau Pinang Penang Bridge Sdn Bhd?


PBSB mansuh diskaun tol bas di Jambatan Pulau Pinang
2011/01/19
GEORGETOWN: Syarikat konsesi Jambatan Pulau Pinang Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) telah memansuhkan diskaun kadar tol sebanyak 50 peratus kepada semua jenis bas bermula Sabtu lalu.

Jurucakap PBSB berkata, tindakan itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan pusat agar diskaun kadar tol untuk kenderaan tersebut di semua lebuh raya bertol dimansuhkan.

"Jika sebelum ini bas hanya perlu membayar sebanyak RM12.50 untuk melintasi Jambatan Pulau Pinang, kini dikenakan kadar bayaran RM25 dan ia adalah kadar lama sebelum kadar diskaun diperkenalkan pada tahun 2008," katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, PBSB masih mengekalkan diskaun sebanyak 20 peratus untuk kereta persendirian yang menggunakan kad "Touch and Go" keluaran syarikatnya.

Sementara itu, sebuah syarikat bas persiaran Ha Travel, ketika dihubungi, berkata mereka tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Sebaliknya, kata jurucakap syarikat itu mereka hanya tahu mengenainya apabila dimaklumkan oleh pemandu bas terbabit. - BERNAMA

Kerusi DUN Pelabuhan Klang Kosong!

Posted by Love Perak | Wednesday, January 19, 2011 | 0 comments »

Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
Katanya, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri. Tiada peruntukkan bagi merayu.
"Badrul mengakui tidak hadir dalam sepucuk surat yang tiba di pejabat saya bertarikh 10 Disember. Dia memohon cuti bagi mendapatan rawatan perubatan tradisional di Pahang,” kata Teng.

Apabila ditanya wartawan, Teng kemudiannya mengemukakan rekod menunjukkan Badrul Hisham tidak menandatangani borang kedatangan pada 8 November lalu.

"Dalam suratnya itu, Badrul juga mengakui beliau tidak hadir pada semua hari semasa dewan bersidang pada November,” katanya.
NONESebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN sejak Julai tahun lalu.
Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

Sebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.

azlanBadrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.

Beliau mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.

Sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 pilihan raya kecil. Yang terakhir akan diadakan di Tenang, Labis, Johor berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha.

Sebelum ini, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik memberitahu, wakil rakyat itu hanya gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan.

Katanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng.

Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya.

Isu Debat : Bukan Anwar, Najib yang Demam!

Posted by Love Perak | Tuesday, January 18, 2011 | 2 comments »

AM?

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG sahih Najib kecut untuk berdebat dengan DS Anwar. Namun, untuk mengembalikan maruahnya yang telah jatuh, Najib mengalih perhatian kepada isu liwat DS Anwar pula. Beliau mahu DS Anwar selesaikan dulu masalah peribadinya sebelum berdebat dengan beliau. Itulah helah Najib bagi menunjukkan beliau seorang PM paling berani.

Di petik di dalam Malaysiakini, Najib menjawab cabaran DS Anwar seperti berikut;
"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,” perli Najib sambil disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini. "Perlukah saya berdebat dengannya? Tanya Najib dan kali ini disambut dengan jeritan “tidak” oleh para hadirin (Malaysiakini).

Kita cabar Najib untuk dedahkan segala maklumat yang beliau ada tentang DS Anwar, jika beliau berani. Dia jangan lupa, DS Anwar juga mempunyai banyak maklumat tentang beliau termasuk kes pembunuhan Altantuya dan rasuah kapal selam. Mungkin DS Anwar juga ada banyak maklumat tentang Big Mama Rosmah. Ayuh, dedahkan semuanya dan biar rakyat lihat siapa yang demam nanti. Beranikah Najib? Jawapannya, kerat jari kalau Najib berani.

Tentang maklumat yang kununnya Najib ada, kita tidak perlu tunggu beliau dedahkan di dalam debat bersama DS Anwar kerana `tobat lahom' (kata Mat Sabu) Najib tidak akan berani berdebat dengan DS Anwar. Najib boleh dedahkan apa yang beliau tahu tentang DS Anwar sekiranya Najib berani hadir ke mahkamah apabila disapina sebagai saksi nanti. Persoalannya, beranikah Najib hadir ke mahkamah? Adakah beliau spesis seperti Mahathir yang mahu soalan bocor terlebih dahulu sebagai syarat untuk hadir sebagai saksi?

Kesemua warga Felda yang menepuk tangan bila Najib berucap memang dijangka kerana bukankah Najib ada `hadiah' untuk warga Felda? Masakan bila dapat `hadiah' warga Felda tidak mahu tepuk tangan? Tetapi warga Felda bukan semua bodoh belaka. Muka Najib tidak akan muncul di Tenang kalau tiada pilihanraya kecil. Peruntukan tidak akan turun sertamerta jika tiada pilihanraya. Ini semua warga Felda ada yang terfikir, dan yang tidak berfikir itu cuma mereka yang sengaja mahu menjadi `hamba' kepada Umno/Bn sepanjang hidup.

Berbalik kepada debat. Kita pelik mengapa susah sangat Najib mahu berdebat dengan DS Anwar? Beliau sendiri kata beliau ada banyak maklumat kerana beliau sekarang adalah PM, jadi mengapa perlu takut? Ini menunjukkan beliau sedar segala maklumat yang beliau ada semuanya akan memakan dirinya. Beliau pun tentu ada maklumat tentang Saiful minta biasiswa daripadanya sedangkan Saiful gagal di dalam pembelajarannya. Dan, banyak lagi maklumat yang Najib tahu akan menelanjangkan beliau kembali jika debat diadakan. Masakan masih ada yang bodoh dengan muslihat Najib?/wfauzdin.blogspot.com

Apa kata Azwan Ali mengenai Ummi Hafilda?

Posted by Love Perak | Tuesday, January 18, 2011 | 1 comments »

http://img.nattawat.org/images/mezxpql7trenh741hkft.jpg

Paham? Abang sendiri pon dah maki hamun, nak apa lagi? Pegi mampos la Ummi Hafilda oi....

Tuanku Sultan Puji Pembaharuan Yang Dibuat Menteri Besar

Posted by Love Perak | Tuesday, January 18, 2011 | 0 comments »


Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah mengucap tahniah kepada YAB Menteri Besar Kedah kerana berjaya menerajui pentadbiran dengan baik dan berjaya melaksanakan beberapa pembaharuan bagi meningkatkan tahap kesejahteraan hidup rakyat negeri ini.

“Kerajaan beta sentiasa memberi kerjasama yang erat kepada semua pihak di dalam menjayakan projek pembangunan demi faedah rakyat negeri ini,” titahnya.

Baginda bertitah demikian di Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran sempena Ulangtahun Hari Keputeraan baginda yang ke 83 di Istana Anak Bukit, hari ini.

Suasana ini, menurut baginda, telah memberi keyakinan kepada pelabur dan masyarakat perniagaan dengan kemasukan pelaburan asing dan tempatan bagi memajukan sektor pembuatan. Selain itu Langkawi Permata Kedah turut menjadi pilihan pelabur untuk memajukan produk pelancongan bertaraf antarabangsa.

“Kerajaan beta telah memberi perhatian khas bagi mempercepatkan dan membantu para pelabur menjayakan projek masing-masing. Beta berharap inisiatif seperti ini dapat mempercepatkan kelulusan dan melancarkan segala urusan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan yang bakal memberi faedah kepada rakyat negeri ini,” titah baginda.

Dalam titah ucapan itu baginda turut menyentuh mengenai kerenah birokrasi yang sering dikaitkan dengan kelewatan menyiapkan sesuatu projek, hendaklah diatasi segera.

Baginda percaya dengan kaedah 5 Bintang seperti yang dikejar tidak akan memberi makna jika perubahan sikap dan minda tidak berlaku di dalam proses pentadbiran dan perurusan dengan para pelabur dan pedagang.

“Beta yakin kestabilan politik dan kemantapan jentera kerajaan akan berjaya menarik lebih ramai pelabur memilih negeri ini sebagai lokasi pelaburan yang menguntungkan,” titahnya.

Baginda memuji langkah kerajaan memberi bantuan sara hidup, membina rumah kepada rakyat ikut kemampuan kepada lebih 6,000 keluarga berpendapatan rendah mendapat faedah program ini.

Baginda juga melahirkan rasa bangga dengan peningkatan bidang pendidikan dalam peperiksaan UPSR dan PMR serta pencapaian pelajar Maktab Mahmud dalam dua peperiksaan itu yang meletakkan Maktab Mahmud dalam kumpulan 45 buah sekolah yang mencatat keputusan cemerlang di Kedah.

Selain itu baginda memuji kejayaan Kontinjen Kedah dalam Sukma yang menduduki tempat ke lima daripada 15 kontinjen dengan meraih 39 emas, 20 perak dan 31 gangsa selain 72 atlet Kedah yang terpilih mewakili negara dalam acara sukan peringkat antarabangsa.

Ummi Hafilda Seorang Pelacur

Posted by Love Perak | Sunday, January 16, 2011 | 5 comments »



"Ummi Hafilda adalah seorang pelacur," kata Aziz Shamsuddin.

Hari ketiga perbicaraan rayuan Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur menyaksikan pendedahan yang besar dibuat, iaitu apabila Christopher Rizal Fernando Abdullah (kini telah meninggal dunia - semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Rohnya - Al-Fatihah) membacakan transkrip dari perbicaraan sebelumnya, yang memetik Aziz Samsuddin sebagai berkata bahawa Ummi Hafilda Ali adalah seorang pelacur.

Fernando bermula dengan mengikhtisarkan prosiding hari sebelumnya, yang mana dia memberitahu mahkamah bahawa ayah Ummi tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya selepas dia mengaku menulis surat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, dalam rangka menuduh Anwar meliwat Azizan Abu Bakar, iaitu pemandu isteri Anwar, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sejurus sebelum dia meninggal dunia, ayah Ummi yang merupakan seorang guru agama menulis surat terbuka kepada Harakah. Dalam surat itu, dia menjelaskan sebab dia tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya, malah mengatakan dengan tegas bahawa Ummi adalah dalang utama di sebalik (dakwaan liwat oleh) Azizan.

"Ayah Ummi meninggal dalam keadaan patah hati tanpa pernah mengampunkan anaknya itu atas peranan yang dimainkannya dalam memerangkap Anwar dalam tuduhan liwat," kata Fernando.

Sebelum itu, Fernando membacakan keterangan Azmin Ali (abang Ummi) di mahkamah yang membuktikan bahawa dia (Ummi) memainkan peranan yang aktif dalam konspirasi itu.

Pendakwaan tidak pernah memanggilnya (Ummi) untuk memberi keterangan di mahkamah bagi menafikan dakwaan itu, tambah Fernando. Sebaliknya, mereka menyerahkan kepada Pembelaan untuk memanggilnya. Malah hakim perbicaraan menyebut tentang perkara ini dalam penghakiman bertulisnya.

"Tetapi Ummi pasti menjadi saksi yang 'liat'. Jadi, pihak Pendakwaanlah yang sepatutnya memanggilnya, dan bukannya pihak Pembelaan," Fernando berhujah.

Fernando berhujah bahawa mahkamah sepatutnya menggunakan Seksyen 114 (g) Akta Bukti bagi menangani kegagalan Pendakwaan memanggil saksi yang paling penting untuk memberikan keterangan di mahkamah.

Fernando kemudiannya membacakan keterangan daripada Raja Kamaruddin Raja Raja Wahid (Raja Komando), yang mana saksi itu mendedahkan secara terperinci tentang permulaan konspirasi terhadap Anwar dan peranan yang diberikan kepadanya dalam konspirasi itu.

"Keterangan saksi ini akan menunjukkan bahawa dia diminta untuk bersekongkol dalam konspirasi untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri," kata Fernando.

"Mesyuarat itu diadakan di pejabat Aziz Samsuddin, iaitu Setiausaha Politik Perdana Menteri, pada 26 Jun 1998."

Fernando mendedahkan bahawa dalam mesyuarat tersebut, Aziz menegaskan bahawa Ummi dan Azizan tidak akan menimbulkan masalah kerana "Ummi adalah seorang pelacur".

Raja Komando kemudiannya bertanya kepada Aziz tentang kemungkinan menggunakan cara lain bagi menjatuhkan Anwar.

Menurut Raja Komando, "Aziz menjawab bahawa (tuduhan) liwat adalah cara yang terbaik. Lain-lain cara tidak akan memberikan kesan."

"Peranan Raja Komando adalah bagi menguruskan pembunuhan kerjaya politik (Anwar)," tambah Fernando. "Dakwaan liwat pula 'ditugaskan' kepada Ummi dan Azizan."

"(Tugas) Raja Komando adalah mencanangkan dakwaan itu ke segenap ceruk. Dia juga bertanggung jawab untuk menyebarkan tuduhan bahawa Anwar adalah ejen CIA (Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat)."

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Fernando kepada mahkamah pada hari ini, adalah jelas bahawa berdasarkan pertemuan antara Raja Komando dan Aziz Samsuddin, dia (Aziz) adalah Kepala Pengkomplot. Sementara itu, walaupun Ummi yang menulis 'surat Azizan' kepada Perdana Menteri, yakni yang menuduh Anwar meliwatnya, Azizlah yang menyunting dan menulis kembali surat berkenaan.

Menurut Fernando, surat itu adalah berdasarkan buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" – buku yang sekonyong-konyong dimasukkan ke dalam beg hampir 2,000 delegasi ke Perhimpunan Agung UMNO pada tahun itu.

"Hakim tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini," Fernando berhujah. "Dia melakukan kesilapan yang besar."

"Adakah dia akan mengeluarkan penghakiman yang sama seandainya dia memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini?"

#TanyaNajib

Posted by Love Perak | Friday, January 14, 2011 | 1 comments »

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau seronok dengan soalan yang diajukan kepadanya apabila beliau membuka peluang kepada orang ramai supaya megemukakan soalan di laman sesawang Twitter miliknya.

Dan menurutnya, seperti yang dijanjikanbeliau telah merakamkan video jawapan untuk beberapa soalan dari #tanyanajib #fb.

NONE“Seronok membaca soalan kreatif anda. Saya sudah merakamkan video jawapan untuk beberapa soalan dari #tanyanajib,” katanya di akaun Twitter.

Selasa lalu, Najib membuka ruang selama sejam untuk menerima soalan-soalan ke laman berkenaan bermula jam 4.30 petang.

Berikutan itu, Najib menerima soalan bertalu-talu daripada para pengguna laman sosial berkenaan sehingga beliau melanjutkan masa, 30 minit lagi untuk menerima soalan yang diajukan.

Perdana menteri dikatakan mempunyai lebih 57,000 pengikutnya di laman tersebut.

Dengan purata 40 tweet sesaat, Najib dihujani banyak gembar-gembur isu, suara kekecewaan, malah tidak kurang juga tulisan yang menggelikan hati yang timbul.

Berikut disiarkan semula antara soalan berkenaan:

@NajwanHalimi: Nak #tanyanajib betul ke Rosmah pakai susuk dan main bomoh?

HilmiIsmaill
#tanyanajib How does is feel to sleep next to Rosmah? Mendebarkan tak?

MrKayMY
#tanyanajib @NajibRazak DS Rosmah ke Riyadh sbg wakil kerajaan Malaysia ke? Kalau ye, kenapa dia?

kev_Q #tanyanajib @NajibRazak Sir, I like your wife's album but where can I obtain the album karaoke version because YouTube seems to delete it.

@aleffush
Apa dalam rambut Rosmah?

@tashny:
Who do you think would win in a fight: Batman or Darth Vader?

@dawsydozz #tanyanajib apa rahsia bibir yang mengiurkan? Merah jambu gitu

@badkitteyh:
#tanyanajib What do you think of CM Lim Guan Eng punya hairstyle?

dearfirdaus #tanyanajib kenapa masih ada rakyat malaysia berperangai seperti babun? lihat sendiri di sesi #tanyanajib . adakah kerana kurang didikan?
faisalmustaffa #tanyanajib ada jumpa Altantuya tak di Paris itu hari?

@jayong28: Kenapa Student uni tak boleh terlibat dalam apa-apa politik tapi budak 14 tahun tak habis PMR boleh kawin? #tanyanajib
fareezakmal@ #tanyanajib #fb Mengapa YAB PM kerap tweet dlm Ingeris dan bukan Bahasa Malaysia?

@NajibRazak
. Kenapa banyak kesangsian dalam PERMATA dan sejauh mana kredibiliti Pengerusinya dalam hal ini? #tanyanajib #nkra

NaqibMohamad Naqib Mohamad
#tanyanajib altantuya ape citer? OMG! may she rest in peace.
NatAsasi @najibrazak #tanyanajib salam 1 malaysia, PM , boleh kah barang2 dan harga2 yang telah naik diturunkan kembali ? Mesti mustahil kan..
eklern EkLern™ Tan #tanyanajib your official/non-official car , pump ron97 or you pun ambik subsidi ?
aky103 ahmad khairy yahya #tanyanajib kepimpinan melayu atau ketuanan melayu?

Sengkeat66
#tanyanajib kenapa ada sekolah lagi yang tak ada elektrik and air?KENAPA??
akmalnasir Akmal Nasir #tanyanajib mengapa12 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia mengalami belanjawan defisit?

Terkini : Najib terima Cabaran Debat Anwar?

Posted by Love Perak | Thursday, January 13, 2011 | 2 comments »

100-days reform plan: Anwar challenges Najib to national debate

Berita Terkini:

Dato' Sri Najib telah menerima cabaran Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan syarat hanya beliau seorang saja menggunakan pembesar suara. Selain Anwar Ibrahim tidak dibenarkan menggunakan pembesar suara, Datuk Sri Anwar juga tidak dibenarkan bercakap kuat. Semua media tidak dibenarkan membuat liputan kecuali Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Tarikh dan tempat berdebat akan dimaklumkan kepada Anwar Ibrahim 24 jam sebelum perdebatan bermula.

Publisiti Murahan

Posted by Love Perak | Thursday, January 13, 2011 | 1 comments »

Setelah merembat berjuta-juta wang rakyat, Khir Toyo cari publisiti murahan dengan memulangkan pingat darjah kebesaran Selangor iaitu Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Jenis manusia tak tahu malu.. balun duit rakyat bawak anak bini melancung ke Disneyland.



Khir Toyo didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada sebuah syarikat.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan perbicaraan kes itu selama tiga minggu bermula 6 hingga 24 Jun ini.

http://media1.malaysiakini.com/313/75af5c9aab02f28fd3626d9d540a8866.jpg

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa rakyat supaya tidak mempercayai dengan cerita-cerita musuh yang mahu melihat Pakatan Rakyat berpecah, lapor TV Selangor.

ceramah selamatkan malaysia pas shah alam 090111 anwar ibrahim dan hadi awangSambil menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai rakan karibnya, Anwar ketika ceramah di Gombak malam semalam mempertahankan presiden PAS itu yang kini berhadapan dengan kritikan berikutan pertemuan bersama pemimpin Umno pada 24 Disember lalu.

Kata Anwar, Hadi dan PAS telah memperlihatkan sokongan padu mereka kepada beliau ketika berhadapan dengan hukuman penjara pada 1999.
Rakan karib

“Ketika saya dipenjarakan, mereka yang menyokong saya ialah PAS, (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Nik Aziz, dan Tok Guru Hadi Awang.

“Mereka menghimpunkan ribuan penyokong mereka untuk mendoakan kesejahteraan saya. Mereka rakan karib saya,” katanya.

NONEKelmarin PAS mengadakan program solat hajat dan pidato perdana di Stadium Malawati Shah Alam yang antara lain berdoa agar negara ini diselamatkan daripada dimusnah oleh BN.
Selain itu, 12 ribu hadirin berkenaan juga berdoa agar Pakatan Rakyat diberi kemenangan dalam menangani beberapa 'serangan' seperti yang berlaku di Selangor dan juga bidasan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipalitkan dengan dakwaan meliwat.

Malam semalam, Anwar juga memberikan amaran bahawa Umno akan melakukan apa sahaja untuk memperlekehkan Pakatan Rakyat.

NONE“Ada banyak dakwaan tetapi semua itu hanya cerita semata-mata. Jangan percaya mereka,” katanya.

Selepas pertemuan kelmarin, Anwar berkata Pakatan Rakyat sudah menyelesaikan kontroversi berhubung pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu di Kuala Lumpur pada 24 Disember lalu.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis anjuran Yang di-Pertuan Agong.
Tiada tafsiran lain

azlan“Tidak perlu nak panjangkan lagi, kita sudah ambil maklum.

“Tiada masalah dan tafsiran lain (pertemuan 24 Disember) itu,” kata Anwar.

Pada sidang media yang diadakan malam Ahad lalu, Hadi juga dilaporkan berkata, pihaknya telah menjelaskan “pertemuan 24 Disember itu” kepada Pakatan Rakyat.

Anwar, yang juga pemimpin PKR meminta penyokong-penyokongnya supaya meletakkan keyakinan dan percaya pada Pakatan Rakyat yang bercita-cita mahu menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Sambil itu Anwar memaklumkan negara boleh mencapai perubahan jika setiap kaum boleh bekerjasama ke arah satu matlamat.

azlan“Kita perlukan sokongan daripada semua orang. Kita tidak boleh melakukannya menerusi perhimpunan politik atau slogan politik. Kita hanya boleh menang menerusi keyakinan, kesabaran dan strategi yang kukuh.

“Kita mesti faham bahawa kita hanya boleh menang jika masyarakat Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan bekerjasama dan mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.