SAIFUL BUKHARI pemuda yang menuduh DS Anwar meliwatnya merasa seperti hairan apabila peguam DS Anwar memohon agar segala dokumen serta bukti CCTV yang berkaitan dengan kes tersebut diserahkan kepada DS Anwar untuk persediaan pembelaan. Di dalam blog Saiful pemuda yang disahkan oleh Pegawai Perubatan Pusrawi bahawa tiada kesan liwat ke atasnya, seolah-olah membayangkan DS Anwar takut untuk menghadapi perbicaraan kes tersebut nanti. Saya tidak tahu sejauh mana cerdiknya si Saiful ini apabila beliau turut bimbang jika kes tersebut di`tendang' lebih awal sebelum perbicaraan.
Jika Saiful merasa beliau punya bukti dokumen atau CCTV yang boleh mengaitkan tuduhan DS Anwar telah meliwatnya (samada paksa atau sukarela), apa yang perlu ditakuti oleh beliau? Serahkan sahaja keperluan yang dikehendaki oleh peguam DS Anwar demi memberikan hak dan keadilan kepada orang yang beliau tuduh itu. Apakah kesemua bukti tersebut jika diserahkan kepada peguam DS Anwar maka di pihak beliau tiada salinannya? Jangan cuba mengaitkan DS Anwar seorang yang takut berhadapan dengan mahkamah kerana DS Anwar sudah lali dengan `permainan' mahkamah yang bermacam ragam ini. Mungkin Saiful yang bimbang berhadapan dengan mahkamah takut-takut lidah terkelu nanti atau berbelit-belit hingga memakan diri.
Persoalan ramai orang sekarang mengapa Saiful masih berdiam diri ke atas laporan oleh doktor Pusrawi yang mengesahkan dubur beliau tiada mempunyai kesan liwat? Bukankah laporan itu menggambarkan bahawa beliau telah membuat aduan palsu? Sekiranya beliau berani mempertahankan maruah dirinya sekiranya maruah itu masih ada, sewajarnya Saiful menyaman doktor berkenaan atau pihak Hospital Pusrawi. Mengapa ini tidak dilakukan? Saya teringat juga kisah seorang pemimpin yang telah dituduh berbagai-bagai oleh akhbar media asing berkaitan kes jenayah, sehingga kini pemimpin berkenaan diam terkedu. Tiada tindakan atau teguran pun terhadap media tersebut sedangkan jelas laporan media berkenaan mencemarkan nama baiknya yang kebetulan pula seorang pemimpin besar. Di mana sikap berani kerana benar?
Dalam kes Saiful ini, saya harap Saiful bertenang kerana bukan sikap DS Anwar untuk menyembunyikan diri apatah lagi beliau merasa beliau tidak bersalah bahkan beliau merasa bahawa tuduhan ini adalah lanjutan daripada mainan fitnah yang terdahulu. Saiful seharusnya yang perlu bersedia mulai sekarang untuk berhadapan dengan hujah-hujah peguam DS Anwar dan tidak mustahil DS Anwar sendiri akan berhujah dengan beliau. Jika perlu ada skrip yang perlu dihafal, hafallah mulai sekarang. Jangan nanti tersangkut-sangkut sebagaimana Saiful melakukan `akad' Sumpah Laknat sebelum ini. Tentu malu bukan?
Rakyat sudah tentu menantikan episod menarik selepas ini. Rakyat juga sudah tentu bersedia menerima siapa jua hakim yang ditetapkan untuk menghakimi kes ini nanti sepertimana rakyat telah dibiasakan dengan berbagai jenis hakim di dalam kes liwat DS Anwar yang terdahulu dan kes krisis di Perak baru-baru ini. Hakim di dunia sudah pasti tidak sama dengan hakim di Akhirat nanti.
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment