http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

BN Menang di Penanti

Posted by Love Perak | Tuesday, June 02, 2009 | 0 comments »

Seperti dijangka Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman menang - kali ini menang dengan majoriti yang lebih besar dari sebelumnya. Jika dalam PRU ke-12 Fairus meraih majoriti sebanyak 2,219, kali ini Dr Mansor Othman mendapat majoriti 5,558 undi iaitu meningkat dua kali ganda berbanding pilihanraya sebelumnya.

Walaupun majoriti PKR kali ini meningkat dua kali ganda, tetapi jumlah undi yang diperolehi calon parti itu menurun berbanding pilihan raya umum ke-12. Mansor memperoleh 6,052 undi, manakala Fairus dulu memperolehi 7,346 undi. Bermakna undi yang diraih Mansor kurang 1,294 atau hampir 1,300 undi berbanding Fairus.

Apa agaknya berita yang akan dipaparkan oleh media arus perdana BN esok? Katalah Dr Mansor Othman yang menang dengan majoriti 5,558 itu calon BN (dan bukan calon PKR), berita yang mungkin keluar dalam Berita Harian dan Utusan Meloya esok ialah:

- BN menang majoriti besar

- BN menang majoriti 5,558 undi

- BN tambah majoriti dua kali ganda

- BN menang besar, tambah majoriti

- Semua calon bebas kalah teruk dipukul BN
Malangnya kali ini BN yang takut tewas itu telah tidak bertanding. Yang menang dengan majoriti lebih besar itu ialah Dr Mansor Othman, calon PKR. Maka tajuk akhbar Utusan Meloya dan Berita Hairan esok mungkin akan berbunyi seperti ini:
- Undi majoriti PKR merosot 1,300

- PKR hilang 1,300 undi

- Ke mana menghilang 1,300 pengundi PKR?

- 1,300 pengundi PKR berpaling tadah

- Sokongan terhadap PKR semakin merosot
Media BN pasti tahu sebahagian besar pengundi malas hendak mengundi pagi tadi kerana mereka tahu jika mereka tidak keluar mengundi pun PKR pasti akan menang besar. Jika mereka tidak keluar mengundi pun orang lain akan mengundi PKR juga, jadi mengapa susah-susah mengundi. Oleh itu biar saja duduk di rumah di pagi minggu ini main dengan anak cucu. Media BN pasti tahu faktor itu, tapi mereka tidak akan menceritakannya. Apa lagi nak berceita tentang kempen BN supaya jangan keluar mengundi, media BN pasti tak akan sentuh.

Media BN pasti akan cari seribu alasan untuk tidak mengiktiraf kemenangan bergaya PKR. Mereka hanya akan mengiktiraf kemenangan BN, walaupun BN menang hanya dengan majoriti 1 undi ia adalah dikira besar berbanding 5,558 majoriti yang diraih PKR.

0 comments