http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Konspirasi apa pulak ni? Bilik gerakan PKR M.U kena tutup!

Posted by Love Perak | Sunday, July 12, 2009 | 0 comments »



jawapan dari pihak polis..

Polis nafi tutup bilik gerakan PKR

KOTA BHARU 11 Julai – Polis hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya telah mengarahkan bilik gerakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Peria dan Kampung Ragu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai ditutup semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sebaliknya para petugas hanya diarahkan supaya menurunkan bendera PKR yang dipasang di hadapan bilik gerakan itu.

Katanya, arahan itu dikeluarkan oleh pasukan pemantau yang terdiri daripada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis dan Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK).

“Ini kerana PKR tidak terlibat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai dan arahan itu dibuat bagi memastikan pihak lain tidak menganggu parti bertanding.

“Kita berharap dengan cara ini, tidak akan menimbulkan masalah dan menganggu proses pilihan raya nanti. Polis berharap peraturan ini akan dipatuhi,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PKR yang mempersoalkan arahan polis supaya bilik gerakan parti itu di Peria yang dibuka bagi membantu Pas menghadapi Pilihan Raya Kecil (DUN) Manek Urai ditutup serta-merta semalam.

Tinjauan Mingguan Malaysia hari ini mendapati premis berkenaan masih dibuka dan bendera kembali dipacakkan di hadapan premis berkenaan.

Abdul Rahim menegaskan setakat ini tidak ada mana-mana pihak termasuk pegawai SPR, polis atau MDKK mengarahkan bilik gerakan itu ditutup.

“Kita tidak melarang mana-mana parti jika hendak adakan ceramah tetapi menggantung bendera parti yang tidak bertanding tidak dibenarkan sama sekali kecuali Pas dengan Barisan Nasional (BN).

“Kita sentiasa mengadakan rondaan sepanjang kempen pilihan raya untuk menentukan semua pihak bertanding mematuhi Akta Pilihan Raya 1954,” ujarnya lagi.

0 comments