http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Akhbar Halal, Berita Haram

Posted by Love Perak | Sunday, October 25, 2009 | 0 comments »

Sudah berpuluh tahun rakyat Malaysia disua dan disuapkan dengan berita dan cerita haram yang dihidangkan oleh ahkbar arus perdana yang dimiliki oleh parti yang pernah diharamkan suatu ketika dulu - UMNO.

Telah diketahui umum sekiranya kesemua akhbar arus perdana di Malaysia memaparkan berita dan cerita yang benar dan telus, mungkin UMNO telah lama dikuburkan. UMNO berjaya bertahan menjadi kerajaan kerana rakyat, khasnya di kawasan luar bandar dan yang buta pintu hatinya telah dihidangkan dengan segala keladak dan hampas yang menjadikan minda mereka berdaki dengan kehaprakkan budaya UMNO.

0 comments