http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Unit Amal Pakatan Rakyat yang selamatkan mangsa jambatan runtuh?

Posted by Love Perak | Tuesday, October 27, 2009 | 0 comments »

Menurut sumber kami di lokasi, DS Nizar Jamaluddin telah tiba ke lokasi kejadian pada pukul 5:30 petang manakala Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah telam mencemar duli melawat kawasan kejadian setengah jam lebih awal.



Difahamkan, mayat mangsa yang dijumpai awal pagi tadi Dena Devine Nathan, telah dijumpai oleh Unit Amal Pakatan Rakyat dan bukannya dijumpai oleh agensi penyelamat negeri.



Seramai kira-kira 20 pelajar sekolah rendah dari Daerah Kinta Selatan yang sedang menghadiri Kem Satu Malaysia hanyut apabila jambatan yang mereka naiki runtuh malam tadi.



Perkhemahan Satu Malaysia Daerah Kinta Selatan ini diadakan di Pusat Kokurikulum Kinta Selatan di Kuala Dipang.



Tragedi itu berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk jamuan supper.



Jambatan gantung yang baru sahaja siap kira-kira dua minggu lalu itu tiba-tiba rebah dan seramai 22 pelajar yang berada diatas jambatan tersebut terhumban kedalam sungai.



Kesemua peserta terdiri dari para pelajar yang dikumpulkan dari 80 buah sekolah rendah sekitar Daerah Kinta Selatan.



PerakExpress

0 comments