http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Kod 19

Posted by Love Perak | Monday, October 26, 2009 | 0 comments »

Anda pernah dengar pasal KOD 19 kan? Dulu dikaitkan dengan Rashad Khalifa yang kononya membongkar rahsia Kod 19 daripas Al Qur'an. Tetapi memang ada beberapa perkara yang berkaitan dengan 19. Seperti jumlah huruf dalam basmalah, jumlah malaikat yang menjaga neraka. Kesemuanya ini membuat manusia memang terpegun.
Yang saya nak kaitkan Kod 19 ini ialah sudah 19 tahun Kelantan diperintah oleh PAS. Puas dicuba UMNO untuk menumbangkan PAS, namun usaha mereka tidak berhasil. Lanjutan daripada tulisan Tuan Guru Nik Aziz tentang pandangannya agar satu EGM PAS diadakan, maka ramailah orang yang bersuara seolah mencemuh Tuan Guru tersebut. Antaranya ialah pemimpin UMNO Kelantan.

Mereka cepat menabur benih fitnah dan benih perpecahan agar orang PAS terikut terikut dengan acahan mereka. Ada pemimpin UMNO kelantan kata TGNA sudah tua dan terlalu lama memegang tapuk pemerintahan Kelantan, elok lah lepaskan jawatan.

Ada juga yang celupar dalam PAS pun menyuarakan nada yang sama, kerana tidak setuju dengan cetusan fikiran terkini TGNA.

Sebenarnya PAS mampu bertahan selama 19 tahun di Kelantan kerana batang tubuh orang tua tu. Tanpa beliau, maka PAS Kelantan pun mungkin redum. Kalau PAS Kelantan redum, anda fikir PAS di negeri negeri lain akan bertambah kuat? Atau PAS di negeri negeri lain akan menggelongsor ke makam pariah kembali?

Sebab itu, apabila TGNA memancung 3 nama yang dikatakannya menjadi liabiliti kepada PAS, maka pancungan tersebut akan melonjakkan PAS ke mercu yang lebih tinggi lagi.

Sebab sudah 19 tahun beliau membawa PAS ke mercu yang tinggi, sudah sampai masanya PAS melonjak ke mercu jauh lebih tinggi lagi.

Hamirdin

0 comments