http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Strategi terbaru Pakatan Rakyat Perkukuh Kedudukan - Nizar News

Posted by Love Perak | Tuesday, October 27, 2009 | 1 comments »


Kontrak setia selama 20 tahun antara pemimpin komponen Pakatan Rakyat (PR) dianggap kena pada masanya bagi memperkemaskan langkah pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata Pengarah Pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution.

Katanya, merujuk kepada situasi semasa dalaman PR, pemimpin parti komponen perlu berganding bahu dan amat munasabah kontrak setia itu direalisasikan.

“Sebagai sorang ahli politik yang cukup senior dan berpengalaman, pandangan Lim Kit Siang itu sudah tentu mempunyai asasnya.

“Semua pimpinan pakatan peringkat perlu melakukan refleksi dalaman untuk memperkemaskan PR dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Menurutnya, pandangan dan teguran itu sebagai satu perkara yang perlu dilaksanakan dengan baik seiring dengan kematangan berpolitik.

“Politik sekarang memerlukan kemahiran diplomasi bukannya konfrontasi yang berterusan dan politik berasaskan ilmu pengetahuan. Jadi teguran itu perlu dilaksanakan,” katanya.

Menjawab persoalan mengenai tempoh masa 20 tahun yang menjadi sasaran untuk perubahan itu, Saifuddin berkata, tempoh terbabit satu tempoh yang cukup matang bagi PR.

“Itu sekadar satu ‘time frame’ yang diletakkan untuk menyukat sama ada objektif kita itu kesampaian. Dalam penentuan matlamat kita mestilah mengikat dengan satu tempoh,” katanya.

Kelmarin Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyarankan agar komponen PR berikrar taat setia selama 20 tahun bagi menjayakan prinsip kerjasama dan disiplin antara pemimpin.

Beliau berkata, langkah itu penting berikutan PR kehilangan sokongan rakyat begitu ketara terutama selepas kekalahan calon Pas pada pilihan raya kecil Bagan Pinang.

1 comments

  1. Katak UMNO // October 28, 2009 at 2:19 AM  

    Bagus ada perjanjian macam ni, dapat elakkan spesis katak berlonggok dalam PR.