http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Zambry meroyan!!

Posted by Love Perak | Wednesday, October 21, 2009 | 0 comments »

(Sya Reformis)Baru sebentar tadi di TV 9 dalam rancangan Hujah kelibat Zambry kelihatan dalam temubual bersama Prof Dr Agus yang berbicara soal Cabaran mengurus Negeri Perak.Apa yang menarik dalam soal ini ialah beberapa soalan dan jawapan dari zambry yang dilihat agak dangkal dan kurang masuk akal.Antaranya ialah :

Zambry membuka bicara dengan mengatakan bahawa dia menyahut tanggungjawab dan AMANAH yang diberikan kepada Beliau..Persoalannya ialah Siapa yang memberikan Beliau AMANAH tersebut dan AMANAH siapa yang Beliau pikul dan bawa??Kerana setahu kita Rakyat di Perak ini baik dari Pro Pakatan Rakyat mahupun yang memihak kepada mereka rata-rata mahu agar Dun diBUBARKAN seterusnya dibuat PRK dan selepas itu kedua-dua pihak harus menerima ketentuan..

Sokongan RAKYAT pada BN ?

Zambry dengan yakin mengatakan bahawa Rakyat kini bersama dengan BN hasil dari program bertemu Rakyat yang dilakukannya..!!Rakyat mana Ahli UMNO dan BN la tu...

Sya juga suka mengupas bicara Zambry apabila ditanya siapa yang TIDAK BERMORAL di dalam hal ini dan Beliau mengungkit isu lompat YB Nasaruddin kedalam PR dan menyamakan ia dengan isu 3 katak yang lain yang melompat dan menyokong BN,ingin sya perjelaskan yang nasaruddin bukan DIAMBIL,DIPAKSA atau DIBAYAR untuk masuk dalam PR akan tetapi ia atas kerelaan Beliau sendiri dan apakah zambry lupa yang taktik itu dilakukan hanya untuk mengaburi mata Rakyat dan sesungguhnya ia telah dirancang sendiri oleh mereka..??Apakah zambry telah lupa ..???

Isu Yb Siva dan Kerajaan PR yang dikatakan tidak Bermoral kerana tidak menerima keputusan mahkamah pada kes Siapa Speaker yang Sah dan Bagaimana pula sikap BN apabila Tidak menerima keputusan Mahkamah Tinggi yang mengistiharkan Dato Seri Nizar sebagai MB yang SAH,dan adakah itu satu tindakan yang BERMORAL..???

Apabila diaju mengenai fenomena 2 menteri Besar dan Dua Speaker Beliau dalam kenyataanya menyifatkan Dato Seri Nizar sabagai seorang yang tidak menghormati undang -undang dan bagi zambry ia jelas dan tidak timbul soal itu walaupun sememangnya itu yang jelas dan menjadi persoalannya.

Apabila ditanya mengenai kes ini yang masih tergantung dalam mahkamah,dan Beliau menjawab undang-undang sudah jelas yang mengatakan bahawa Menteri Besar adalah SAYA..!

What.???Boleh sapa-sapa tolong SAHKAN berita ni tak..,mahkamah mana yang istiharkan zambry HARAM ni MB..??kalau DS Nizar tu sya ada la dengar dan seluruh DUNIA tahu,tapi si HARAM ni mahkamah mana ni..????

Lagi satu mahkamah mana pulak yang istiharkan si ganesen ni pun SAH jugak ni,adoiyai setahu sya mahkamah hanya tak terima injuksi Yb Siva terhadap Gunesan takde pulak dengar mahkamah istihar dia Speaker..???

Apa yang buat sya nak gelak tegok zambry ialah bila Prof Agus tanya pasal status Gunesan yang tidak melepaskan jawatannya dalam majlis Peguam dan zambry pulak cakap bab yang takde kena mengena dengan soalan,apa punya thorrrr la zambry ni orang tanya pasal undang-undang bukan apa yang jadi pertikaian.!Nampak sangat zambry nak tutup kesalahan dia dan cuba nak berdolak dalik..!!

Hari ni Zambry bagitahu dah diluluskan oleh Kerajaan Pusat sebanyak 60 Juta bagi penambahan dan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Azlan..So duit dah dapat sama-sama kita nantikan sama ada Lapangan Terbang itu akan berubah atau tidak..!Atau adakah duit itu kan habis bagi menghadapi PRK nanti..??

Soalan BONUS akan berlakukah PRK di Negeri Perak..??

Zambry kata tak timbul soal bubar atau tidak,Apabila tiba masanya apabila diumumkan kita akan ikut arahan sepertimana yang telahpun diputuskan oleh peringkat pusat..!!

Ada ke Takde,kita pikir la sendiri..!!

0 comments