KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata mereka yang menolak hukum Islam boleh diistilah sebagai murtad.
'Kalau kita menolak hukum Islam, itu murtad namanya,' katanya semasa mengulas usul Kumpulan Tindakan Bersama bagi Persamaan Jantina (JAG), yang dianggotai kumpulan Sisters in Islam (SIS) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain, agar hukuman sebat dalam undang-undang syariah dinilai semula dan dimansuh.
Tan Sri Harussani berkata Allah secara terang menyebut dalam Al-Quran bahawa apa yang dibawa dan dihukum Rasulullah saw hendaklah diambil dan diikuti, manakala larangannya perlu dipatuhi dan jangan sesekali diamal dalam kehidupan harian.
Kalau Tan Sri mufti tidak mimpi lagi, Alhamdulillah. Saya hendak tanya sikit kepada Tan Sri mufti.
- Apa hukumnya perempuan seperti Rosmah Mansor mempamerkan rambutnya kepada lelaki bukan muhrimnya?
- Apa hukumnya sebagai mufti yang faham tentang hukum hakam tidak memberi teguran kepada pemimpin negara dan raja-raja yang melakukan maksiat?
- Apa hukumnya pemerintah sesebuah negara memaksa rakyatnya memilih pemimpin yang jelas dan terbukti rasuah?
- Apakah hukumnya pemerintah sesebuah negara menafikan kebebasan rakyat untuk memilih pemimpin dengan mengadakan undi pos?
- Apakah hukumnya seorang mufti mengeluarkan sesuatu kenyataan yang memihak kepada pemerintah atau sultan sekalipun diketahui umum dengan bukti nyata bahawa pemerintah atau sultan tersebut perasuah, pembunuh, penzina, pemeras-ugut atau kaki judi?
Tolong jawab wahai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment