|
KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini sejak kelmarin setelah cedera di muka, leher dan tengkuk ekoran insiden ditumbuk dipercayai penyokong parti pembangkang.
Abdul Azeez ketika ditemui pemberita semalam berkata, insiden yang berlaku pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan kelmarin menyebabkan beliau muntah-muntah serta hampir pengsan sebaik tiba di rumahnya di sini.
"Pada hari kejadian selepas solat Maghrib, saya rasa tak sedap badan dan muntah-muntah. Rakan saya yang juga seorang doktor kemudian menasihatkan saya untuk pergi ke hospital.
"Doktor telah menjalankan ujian menggunakan mesin pengimbas x-ray. Saya sukar untuk menoleh ke kiri atau ke kanan selain kedua-dua tangan turut terasa kebas," ceritanya ketika ditemui Wad Otopedik HKL di sini semalam.
Jelas Abdul Azeez, laporan x-ray mendapati, beliau mengalami kecederaan pada bahagian tisu di bahagian tengkuk tetapi bernasib baik tidak mengalami sebarang keretakan atau patah tulang.
kahkahkah...mesti banyak award filem ni...
Racun dari penumbuk beracun telah menular dan meresap... racun-racun tersebut telah memainkan peranan yang aktif didalam pembuluh darah dan daging Sang Putra Tun Ali Baling.. nantikan episot seterusnya.. samaada beliau mampu bercakap ataupun terus bisu...