http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Bukti Zambry Hebat Mentadbir Perak

Posted by Love Perak | Thursday, December 02, 2010 | 4 comments »

Oleh : Blog Bujang Susah


Bukti Zambry memang hebat mentadbir Perak

DAP Perak hari ini mendedahkan sejak rampasan kuasa Barisan Nasional di Perak pada tahun 2009, kedudukan kewangan kerajaan negeri semakin merosot dan jumlah wang kumpulan bersatu negeri merosot sebanyak RM85.32 juta dalam tempoh satu tahun, satu gejala yang membimbangkan.

Setiausaha DAP Perak merangkap Ahli Dewan Negeri kawasan Pantai Remis, Nga Kor Ming mendedahkan hari ini bahawa mengikut laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan oleh Tan Seri Dato Seri Amrin Bin Buang di Parlimen tahun ini, Laporan rasmi jelas menunjukkan jumlah wang kerajaan negeri telah berkurang dari RM774.57 juta dan jatuh ke paras RM689.25 juta, satu kemerosotan ketara setinggi 11%. - Blog NgaKorMeng

Nga jugak bagitau masa Pakatan Rakyat perintah Perak dibawah Hj Nizar sebagai Menteri Besar, wang rizab sebanyak RM774.57 juta berjaya dikumpul untuk simpanan masa depan negeri dengan pentadbirn yang bersih dan cekap tanpa menaikkan sebarang cukai yang membebankan rakyat

Zambry pulak dalam masa setahun setengah lebih kurang, dah bentangkan 2 bajet dengan defisit RM103.89juta sebelum ni dan katanya hari ni akan bentang satu lagi bajet defisit sebanyak RM29juta lagi. Jumlah defisit RM131 juta untuk tempoh tak sampai setahun setengah.

Nga juga mendedahkan ada 7 projek terbengkalai dengan kos keseluruhan berjumlah RM17.32juta termasuk 5 projek denan kos RM5juta di dalam kawasan Dun Pangkor yang Zambry sendiri jadi wakil rakyat.

Nama Projek dan Jumlah Kos terlibat
1.Resort Tepi Buki, Teluk Batik, Jumlah Kos terlibat: RM 2,430,000.00
2.Dewan Serba guna Padang Bandaran Kuala Kangsar, Jumlah Kos terlibat: RM 10,000,000.00
3.Pangkor Height Villa, Jumlah Kos terlibat: RM790,000.00
4.Dewan serba guna Teluk Gong, Pangkor , Jumlah Kos terlibat: RM260,000.00
5.Restoran Terapung Teluk Gong, Pangkor, Jumlah Kos terlibat: RM1,900,000.00
6. Restoran Terapung Teluk Dalam, Pangkor, Jumlah Kos terlibat:RM1,560,000.00
7. Korporat Villa Jenis B, Jumlah Kos terlibat: RM 380,000.00

Jumlah Kos keseluruhan RM17.32 juta

Kita tunggu apa jawapan Zambry bila ditanya dalam Sidang Dun Perak hari ni. Tu pun kalau ada ruang soal jawab. Kalau jadi macam sidang yang lepas, sesia saja bersidang tapi langsung takdak soal jawab.


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments

  1. muniandy // December 2, 2010 at 12:25 PM  

    Wahai sdr empunya blog, janganlah gunakan ungkapan yang boleh menimbulkan rasa tak selesa bagi kami orang india. Kami orang india perak amat menyokong pr.

  2. pisangmalaysia // December 2, 2010 at 7:17 PM  

    Dey Muniandy...

    Mana ungkapan yang anda rasa tidak selesa? Dalam artikel di atas cuba terangkan? atau anda sebenarnya nak respon pada artikel lain?

  3. Love Perak // December 2, 2010 at 10:19 PM  

    pisangmalaysia, pada awal artikel ni ada tulis perkataan keling. mungkin perkataan itu yg buat dia terasa. tak apa saya dah remove :)

  4. Anonymous // December 3, 2010 at 11:09 AM  

    Sorry la encik Muniandy.
    Lain persepsi. Di tempat saya-kerian. Keling bukan dirujuk kepada orang india-tamil tetapi India-Muslim yg menjalankan perniagaan kain yang berasal dari benua keling...kat penang mamak kot.
    Jamaludi Posmen tu tahan beberapa bulan saja lagi. PM umum PRU tamat la citer mat posmen ni.

    oleh
    manhirang