http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Interpol beri amaran kepada negara-negara anggota supaya menangkap pengasas WikiLeaks, Julian Assange


Nampak sama seperti apa yang Umno-Apco buat terhadap Anwar.. bila terlalu banyak pendedahan dibuat.. maka mula lah tuduh macam-macam...

LYON (Perancis): Agensi polis antarabangsa, Interpol, semalam berkata ia telah memberi amaran kepada negara-negara anggota supaya menangkap pengasas WikiLeaks, Julian Assange, 39 tahun, kerana disyaki terlibat kes rogol berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan Sweden.

'Ada 'Notis Merah' bagi pihak Sweden,' kata seorang jurucakap Interpol kepada AFP.

Beliau mengesahkan Interpol telah menyiarkan permintaan Sweden untuk menjejaki lelaki warga Australia itu di laman webnya.

Pejabat Pendakwa Raya Antarabangsa Sweden di Gothenburg mengeluarkan waran tangkap ke atas Assange pada 18 November lalu kerana 'disyaki terlibat kes rogol, pencabulan seks dan paksaan'.

Assange, yang tidak diketahui keberadaannya, mencabar waran tangkap itu di sebuah mahkamah rayuan Sweden. Tetapi percubaan bagi menggugur waran tangkap itu gagal apabila rayuannya ditolak minggu lalu. Dia telah pun memfailkan rayuan kedua.

Assange boleh ditangkap dan diekstradisi ke Sweden dari mana saja di dunia jika pihak berkuasa setempat bertindak atas waran tangkap itu.

Para penyokongnya mendakwa ada pihak tertentu cuba memerangkapnya atas dakwaan merogol dua wanita rakyat Sweden Ogos lalu bagi melemahkan kempen menyiarkan dokumen sulit Amerika Syarikat.

Semalam ibunya, Cik Christine Assange, yang tinggal di Queensland, berkata beliau tidak mahu anaknya jadi buruan Interpol.

'Dia anak saya. Saya menyayanginya. Sebagai ibu, sudah tentu saya tak mahu dia diburu dan dipenjarakan. Banyak perkara yang ditulis mengenai diri saya dan Julian tidak benar,' katanya kepada Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).
Waran tangkap ke atas Assange itu dikeluarkan sewaktu WikiLeaks menyiarkan lebih 250,000 kabel diplomatik, termasuk surat-surat sulit di laman webnya.

Assange tidak pernah tidur di tempat yang sama sebanyak dua kali.

Pada mulanya, pemerintah Ecuador menawarkan suaka kepada Assange tetapi Presiden Ecuador, Encik Rafael Correa, menarik balik tawaran itu kelmarin.

Dalam wawancara dengan majalah Time menerusi telefon Skype Internet, Assange berkata Setiausaha Negara Amerika, Cik Hillary Clinton, patut meletak jawatan berhubung kabel yang menunjukkan para diplomat Amerika mengintip pegawai asing, terutama di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). -- AP, AFP, Bloomberg.

2 comments

  1. Anonymous // December 3, 2010 at 11:48 AM  

    Pendedahan? Tentang kes khalwat ke?
    Persamaan? dua2 ada kes berkenaan dengan seks!

  2. donny // December 8, 2010 at 9:42 PM  

    kagum dengan blog ni..