http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Khir Toyo Cari Pasal Dengan PKR Lagi

Posted by Love Perak | Monday, June 01, 2009 | 0 comments »

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyifatkan PKR sebagai 'gila talak' apabila hampir saban hari sepanjang tempoh kempen pilihanraya kecil DUN Penanti, tetap menghentam dan menyerang UMNO dan BN walaupun calonnya tidak bertanding.

"Namun apabila diperhatikan polemik dan politik PKR dan parti-parti sekutunya sejak menang beberapa negeri sehingga sekarang ini, kenyataan paling sesuai bagi cara mereka mentadbir dan berpolitik ialah 'politik bogeyman'," tulis Dr Mohd Khir dalam blognya hari ini.

khir toyoKatanya, mereka menjadikan BN dan Umno sebagai boogeyman atas apa sahaja mala petaka, nasib malang dan kegagalan mereka, mahupun sesiapa sahaja yang boleh mengundi.

"Kempen mereka, kenyataan mereka dan ceramah mereka meletakkan apa sahaja kesalahan atau kekurangan atas BN.

"Jika kita masih ingat suatu ketika dahulu, masalah jerebu juga salah pemimpin BN yang kononnya membiarkan maksiat berleluasa.

"Sudah tentu idea tersebut tidak lagi digunakan sekarang. Ceramah dan hasutan mereka dalam bentuk baru tetapi hantunya atau boogeyman tetap BN.

"Jika ada orang kena bunuh pun, maka mereka mencari pemimpin BN untuk dijadikan boogeymannya. Jika ada jalan berlopak pun mereka menunjuk jari kepada pemimpin BN

sungguhpun jalan tersebut di bawah kendalian PBT negeri yang mereka tadbir.

Sokongan berkurangan

"Malah jika ada anak gagal mendapat tempat di institut pengajian tinggi yang mereka mahu juga salah pemimpin BN," tulis Dr Mohd Khir yang juga ketua pembangkang DUN Selangor.

Justeru, tulisnya, sungguhpun BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, nama BN tetap disebut "kerana politik mereka ialah politik menyalahkan orang lain".

"Saya andaikan politik boogeyman ini mungkin ada sedikit sinar dalam beberapa tahun akan datang sebelum rakyat mulai meluat dan menyampah.

"Kecenderungan ini sudah nampak dalam pilihanraya di DUN Penanti. Sungguhpun media alternatif seperti Malaysiakini dan Harakahdaily memaparkan kenyataan bahawa PKR menang besar, namun realitinya sungguh berbeza.

"Selain jumlah keluar mengundi yang rendah, jumlah undi kepada PKR juga merosot lebih seribu undi. Pada 2008, (Mohammad) Fairus (Khairuddin) dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

"Realitinya, sokongan terhadap PKR di kubu kuatnya sendiri sudah berkurangan. Mungkin sudah ramai yang bosan dengan taktik kempen menjadikan BN sebagai boogeyman ini. Hanya masa akan menentukan," tulis Dr Mohd Khir lagi.

p/s: baling penyapu baru tau, sapa yang dok tamak ambik duit kerajaan?

0 comments