Nak tergelak besar bila baca tulisan Zambry di blognya kat sini . Beliau merujuk kepada satu peristiwa dimana beliau dan rombongannya telah di halau keluar dan dilarang daripada meletakan kereta mereka di atas tanah halamannya.
Beliau menulis dengan harapan akan mendapat simpati daripada sesiapa yang akan membaca tulisannya itu.Kesian si Zambry….
Tuan tanah tersebut berhak berbuat begitu terhadap penceroboh yang tiba-tiba masuk menceroboh ketanahnya.
Lagi pun tuan tanah tu memang meluat dengan perangai Zambry yang menyebabkan negeri Perak kucah lana hingga la ni!
Dalam tulisannya itu Zamry merumuskan , “ Inilah hasilnya bila benih kebencian dan permusuhan ditanam, maka buah dipetik adalah buah kebencian dan permusuhan.”
Apa yang dikatakan Zambry itu memang tepat sekali. Rakyat Perak amat membenci Zambry adalah kerana sikap benci dan permusuhan yang ditanam oleh Zambry sendiri. Bukan disebabkan oleh orang lain sebagaimana dakwaan Zambry. Zambry, kau kena tahu hal ini.
Rakyat Perak tidak sebodoh dakwaan Zambry bahawa mereka terpengaruh dengan ceramah-ceramah politik.Mereka sendiri telah menyaksikan dan mengalami sendiri beberapa insiden yang berlaku menyebabkan rakyat Perak amat mendendami Zambry dan konco-konconya.
Sergahan tuan tanah terhadap Zambry yang menceroboh tanah halamannya itu apalah sangat jika dibandingkan dengan perbuatan buruk lagi barbarik Zambry sendiri dan konco-konconya yang memperalatkan pihak polis dalam Peristiwa Rampasan Kerajaan Pakatan Rakyat, Rampasan Kerusi Speaker, Rampasan Hak Rakyat.
Zambry , kamu jangan harap untuk mendapat simpati daripada rakyat. Kami tak sabar menunggukan hari untuk mentalkinkan Umno di Perak!
¡Hola mundo!
8 years ago
0 comments
Post a Comment