http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Pekena Teh Tarik Takpa Tapi Jangan Merokok

Posted by Love Perak | Friday, June 05, 2009 | 0 comments »

Dahulu hampir 90 peratus pimpinan PAS merokok tetapi hari ini tiada seorang pun yang merokok lagi kata, Pengerusi Tetap Muktamar Tahunan PAS ke-55, Ustaz Abu Kassim Abdullah.

Beliau berkata demikian semasa menunggu perwakilan membuang undi untuk memilih barisan kepimpinan baru untuk sesi 2009 - 2011 di Stadium Malawati, petang ini.

"Sekarang ini waktu perwakilan mengundi jadi mana-mana perwakilan yang sedang menunggu giliran, mereka boleh pekena teh tarik atau makan-makan tapi jangan merokok sudahlah.

"Kerana sekarang ini semua pimpinan PAS tidak merokok lagi," katanya.

Malah katanya, dahulu pun beliau seorang perokok tetapi tabiat tersebut berjaya dihentikan.

"Sedikit demi sedikit saya buat akhirnya saya dapat hentikan," katanya kepada hadirin.

0 comments