| |
KUALA LUMPUR, 12 Okt: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin tetap dengan pendirian tidak akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak jika ia dipanggil oleh speaker BN, Datuk R. Ganesan. |
Nizar yang merupakan Adun Pasir Panjang menegaskan, Kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak tidak perlu menghadiri sidang yang akan diadakan itu kerana Ganesan merupakan speaker yang tidak sah dan tidak berhak mengeluarkan sebarang notis panggilan.
Pelantikan Ganesan itu juga melanggar undang-undang Tubuh Negeri Perak. Oleh itu adalah wajar untuk Adun Pakatan Rakyat tidak mengendahkan arahan beliau.
"Kami (ADUN Pakatan Rakyat) tidak akan menghadiri sidang berkenaan kerana Ganesan ialah speaker haram."Tegasnya ketika dihubungi Hakahdaily.
Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Ganesan akan memanggil sidang DUN pada 28 Oktober ini dan notis panggilan akan dihantar kepada kesemua ADUN hari ini.
Nizar yang juga ahli parlimen Bukit Gantang memberitahu, pihaknya belum menerima apa-apa notis setakat ini.
"Kami tidak menerima apa-apa surat lagi setakat hari ini. Tapi kalau kami terima notis pun, kami memang tidak akan hadiri persidangan."katanya lagi.
Sementara itu, ADUN Setiawan, Datuk Ngeh Koo Ham yang turut dihubungi Harakahdaily berkata, DUN Perak hanya mempunyai seorang speaker yang sah iaitu V. Sivakumar dan mereka hanya akan mendengar arahan daripada beliau, bukan dari Ganesan.
Ujar beliau yang juga Pengerusi DAP Perak, ADUN Pakatan Rakyat tidak akan sesekali bersekongkol dengan speaker yang tidak sah di sisi undang-undang.
"Ganesan dari dulu hingga sekarang bukan sahaja speaker haram, tapi haram jadah.Perbuatan dia merampas kedudukan V. Sivakumar adalah amat memalukan."Ujarnya.
"Sesiapa yang menyokong kerajaan Zambry di Perak samalah seperti merestui kezaliman yang mereka lakukan."katanya lagi.
Sidang dun tergempar selepas BN merampas Perak diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Pada 7 Mei lalu, sidang dun kedua diadakan. Bagaimanapun sidang dun itu berlangsung dalam suasana yang kecoh apabila Adun BN termasuk Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tidak mahu mematuhi arahan speaker Pakatan V. Sivakumar termasuk Ganesan yang bertindak mengambil tempat Sivakumar.
Selepas itu, Sivakumar memanggil satu lagi sidang dun yang hanya dihadiri oleh Adun Pakatan diadakan di Hotel Heritage dengan meluluskan tiga usul.
Persidangan itu diadakan di situ selepas polis menghalang Sivakumar dan 26 Adun Pakatan Rakyat daripada memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Nizar menegaskan, sidang dun yang diadakan itu tetap sah di sisi undang-undang.
Butuhlah NIZAR,han pi la cabar sultan,Bukannya Zambri
Woi nizar kamu dan sekutu kamu dipilih olih rakyat untuk mewakili rakyaat.Kalau tak mahu masuk dewan lebih baik letak jawatan saja sebab banyak lagi yang pandaix bolih bertanding.Speaker sekang pandai kerana minta perkenan SULTAN.Bukan macam speaker BODOH minta bersidang ikut kehendak senderi.Rakyat jangan ditipulah...kami bukan bodoh macam PEMBANGKANG>
Kalau tak mahu masuk Dewan lebih baik letak jawatan.Sedarlah sikit kamu tu kuli rakyaat.Jangan makan gagi cara haram tak mau kerja.
apa punya bangang nizar dgn puak2 gila dorang ni, sampai mampus pun aku rasa nizar ni x dpt terima yg dia dah x jadi MB lg!!! dah ler menyusahkan rakyat perak, ni jadi lembu DAP plak.. xde maruah kau ni nizar, sedar diri la sikit. Tuhan dah bg peluang buat kau jd MB waktu lps, Tuhan jugak yg tarik blk rezki kau jd MB perak. Ini mmg hukum alam, xkan benda mcm tu pun kau xde otakk. Sudah2 la buat kecoh, jgn sampai kau satu keluarga org ckp pengkhianat Raja Melayu!!
apalah rasuah punya pun umno sokong piirraaaahhh...
bodoh punya penyokong umno banggang sampai ketua orang rasuah jadi calon buah jambu tiga serangkai buta perut tak ada akai bengong sampai mampus.