http://img.nattawat.org/images/tds41xvqedddfubg300.gif

Advertise Here, RM 100/Month. Size 400x100. loveperak@yahoo.com

Bubar DUN Perak : PR Sudah siap Manifesto - Nizar News

Posted by Love Perak | Sunday, October 18, 2009 | 1 comments »

Parti-parti dalam Pakatan Rakyat Perak, khabarnya, sungguh sibuk waktu kebelakang ini. Ini berikutan ramalan bahawa DUN Perak mungkin dibubarkan secara mengejut.

Kita mendapat maklum, suatu draf Manifesto PR sudah selesai dibincangkan pada peringkat kepimpinan PR-Perak. Kini, draf tersebut dalam proses percetakan dan akan diedarkan kepada pihak serta golongan tertentu untuk mendapat sebarang pandangan serta ulasan.

Selain itu, PR-Perak juga akan mengadakan konvensyen PR-Negeri dalam waktu terdekat sebelum konvensyen PR-Pusat. Antara tujuan konvensyen ialah untuk memperkukuhkan lagi perpaduan, persefahaman dan kerjasama yang sedia ada.

1 comments

  1. Teluk Intan Boy // October 18, 2009 at 6:01 PM  

    Salam...semoga pakatan rakyat menag di Perak jika berlaku semula pilihanraya kecil seluruh Perak.Gerak kerja perlu dilakukan mulai sekaranf,kami khususnya di Teluk Intan melihat gerak kerja ini sudah sejuk.Sepatutnya ahli parti bersama dengan YB Pakatan rakyat mulai masuk ke kampung dan kawasan masing-masing ingatlah sekarang pengundi ingin MELIHAT APA YANG KAMI DAPAT bukannya APA YANG KAMI DENGAR,terutamanya kepada pengundi atas pagar dan pengundi India dan Cina,

    1. pakatan mesti masuk ke kampung mencari dan membantu sekadar mampu golongan miskin dan ibu tunggal.mulakan sekarang! jangan bertanggunh lagi,tak kira mereka pas atau Umno,santunilah mereka,jika orang umno menolak ,terimalah dengan baik.

    2.lakukan survey dari rumah ke rumah,apa pandangan mereka tentang pakatan rakyat sekarang terutamnya di Perak...nampaknya puak umno sudah mengorak langkah,mereka mensasarkan golongan india sekarang,tak percaya? di bagan pinang sejak kematian penyandangnya,MIC,PPP IPF sudah masuk ke ladang-ladang dan menyuntik jarum halus sejak sekian lamanya,tolonglah bergerak sekarang,sepatutnya gerak kerja dilakukan bersama dengan pengerusi dan kelab penyokong pas,kita sudah tidak ada masa bertangguh lagi.

    3.Program kebajikan,bantuan mesti disasarkan sekarang,MULAKAN SEKARANG,naikkan banner,naikkan poster,jangan bertangguh lagi,kita bukan nak menunjuk-nunjuk,tetapi itulah keperluan sekarang suapaya membuka mata hati pengundi muda,pengundi atas pagar dan golongan India dan Cina tentang program kita,merek aingin lihat,buktikan kata-kata PAS FOR ALL!

    4.Jalankan program dekati remaja dan pengundi muda,jangan hentam mereka.laksanakan pgoram yang sesuai.contohnya ict,kemahiran atau kursus ringkas membaiki komputer percuma contohnya,klinik bolasepak contohnya,pertandingan futsal atau sebagainya.ya kita tahu banyak sekatan dan cabaran dari UBN yang sememangnya akan mencari jalan untuk menghancurkan kita tetapi gerakkan ini mesti di mulakan dari awal.

    5.idea ini mungkin gil sedikit tetapi utusan meloya dan sinar sudah melakukannya.Setiap bahagian atau pas kawasan mesti menyediakan harakah dan di edarkan percuma di stesen teksi,stesen bas,hatta surau atau masjid jika berkemampuan,letakkan di kedai kopi,MULAKAN sekarang

    akhirnya semua kita pakatan rakyat,pas khususnya mesti berdoa dan bergerak sekarang,jangan syok sendiri,YB Nizar seorang ,wlauapun beraura tetapi memerlukan kepimpinan dan gerak kerja yang berdisiplin.ringkasnya memang ceramah itu bagus tetapi perang saraf mesti dimulakan sekarang.

    SEMOGA KEMENANGAN MILIK KITA,PAKATAN RAKYAT

    PAS FOR ALL!!

    TAKBIR!!!!!